NEW DELHI: Perseorangan lelaki sedang meningkat India, Lakshya Sen melahirkan keyakinan tinggi negaranya adalah pilhan utama untuk memenangi pingat emas badminton berpasukan lelaki dalam Sukan Asia Hangzhou.
Lakshya, pemenang pingat gangsa Kejohanan Badminton Dunia 2021 antara tonggak yang membawa India memahat sejarah memenangi Piala Thomas tahun lalu.
“Sudah pasti, pasukan ini dalam keadaan yang amat baik. Ini adalah pasukan sama memenangi Piala Thomas, jadi kita akan ke sana sebagai juara dunia.
“Saya rasa pemain yang akan menentang kami sedar bahwa bukan mudah untuk mengalahkan India, kerana kami berupaya mengalahkan mana-mana pasukan dalam dunia ketika ini,” jelas Lakshya.
Dalam masa sama, Lakshya menegaskan kepentingan untuk pasukannya bersatu padu dalam usaha untuk memenangi pingat emas di Sukan Asia.
“Saya tidak rasa kami kekurangan keyakinan diri. Kami ada semangat yang jitu dan kami tahu bagaimana untuk melakukannya. Kesemua pasukan merupakan pesaing yang hebat dan kami perlu memberikan aksi yang terbaik,” tambahnya.
Temasya di Hangzhou adalah yang membuka tirai Sabtu ini adalah Sukan Asia yang pertama buat Lakshya, namun dia tidak akan beraksi dalam acara individu selepas tewas kepada Srikanth Kidambi ketika pemilihan Mei lalu.
Sejak badminton mula diperkenalkan di Sukan Asia pada tahun 1962, India belum pernah memenangi pingat emas acara berpasukan lelaki. Percubaan terbaik mereka adalah pada edisi 1986 di Seoul, Korea Selatan apabila berjaya merangkul pingat gangsa. – AGENSI