Hilang punca di set ketiga musnahkan cabaran Tze Yong

Hilang punca di set ketiga musnahkan cabaran Tze Yong

Ng Tze Yong
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Selepas bersaing hebat dalam dua set pertama, Ng Tze Yong bagaikan hilang punca di set penentuan sebelum tumpas 19-21, 23-21, 13-21 kepada pemain No. 6 dunia, Jonatan Christie dari Indonesia pada separuh akhir badminton Terbuka Hong Kong sebentar tadi.

Pemain ranking ke-20 dunia itu mempamer aksi meyakinkan dia awal permainan tetapi melakukan banyak kesilapan di set ketiga, malah suatu ketika ketinggalan 0-8 dan 1-11.

Biarpun gagal memburu kejuaraan Jelajah Dunia pertamanya, melangkah ke separuh akhir di Hong Kong pencapaian terbaik Tze Yong tahun ini selepas kali terakhir melakukannya pada Terbuka India tahun lalu.

PEARLY Tan-M. Thinaah melangkah ke perlawanan akhir Terbuka Hong Kong.

Dengan kekalahan Tze Yong itu, beregu wanita, Pearly Tan-M. Thinaah menjadi wakil tunggal Malaysia meneruskan cabaran dalam perlawanan akhir di Hong Kong.

Harapan yang diletakkan di bahu beregu campuran, Goh Soon Huat-Shevon Jemie Lai juga tidak kesampaian selepas pasangan No. 12 dunia itu kalah mengejut 12-21, 12-21 kepada gandingan tuan rumah, Tang Chun Man-Tse Ying Suet.

Terdahulu, Pearly-Thinaah mengesahkan tiket final selepas menumpaskan pasangan adik-beradik Thailand, Benyapa Aimsaard-Nuntakarn Aimsaard, 21-13, 21-18.

Beregu No. 10 dunia akan menentang pasangan Indonesia, Apriyani Rahayu-Siti Fadia Silva Ramadhanti dalam perlawanan akhir esok.

Langkah perseorangan wanita negara, Goh Jin Wei turut terkandas selepas tumpas 14-21, 11-21 kepada pemain China, Zhang Yiman. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya