Harrif pecah rekod pelumba paling banyak tampil di LTdL

Harrif pecah rekod pelumba paling banyak tampil di LTdL

HARRIF Saleh (tiga, kiri) bersama barisan pelumba yang bakal beraksi dalam Le Tour de Langkawi 2023 pada sidang akhbar di Kuala Terengganu hari ini. - UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Pelumba Terengganu Polygon Cycling (TSG), Mohd. Harrif Saleh meraih tonik tambahan menjelang perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2023 yang akan membuka saingan esok apabila kini memegang status pelumba paling banyak membuat penampilan di saingan ini.

Edisi tahun ini menjadi penampilan ke 14 buat Harrif sejak mula beraksi pada 2008, sekaligus mengatasi rekod yang sebelum ini dipegang pelumba Iran, Ghader Mizbani yang mengumpul 13 penampilan.

Antara pelumba tempatan lain yang hampir dengan rekod Harrif merupakan Annuar Manan dan Loh Sea Keong dengan 12 penampilan, namun kedua-dua pelumba sudah tidak lagi di saingan ini.

“Saya baru tahun tentang rekod tersebut pada hari ini, saya mula beraksi di LTdL sejak berumur 20 tahun, dan saya berasa agak bangga juga kerana tidak pernah lagi ketinggalan beraksi di perlumbaan ini. Disinilah tempat saya mula mengenal bermacam-macam jenis jersi.

“Bagi saya, inilah medan buat pelumba-pelumba Malaysia. Dahulu ketika kecil, saya hanya melihat perlumbaan di tepi jalan sahaja, dan pernah terdetik alangkah seronok jika dapat masuk menyertainya.

“Alhamdulillah kini impian saya tercapai, bukan sahaja masuk, tetapi pernah menang perlumbaan, tetapi perjuangan saya belum terhenti di sini, dan kalau boleh saya mahu hadiahkan lagi kejayaan untuk rakyat Malaysia,” jelas Harrif ketika sidang media LTdL di Kuala Terengganu hari ini.

NUR Aiman Zariff (depan, kanan) dan Hariff Saleh (belakang, kanan) menjalani latihan bersama pasukan TSG di sekitar Kuala Terengganu. – UTUSAN/AMIR KHALID

Sepanjang beraksi di saingan ini, Harrif turut dinobatkan sebagai pelumba tempatan paling berjaya memandangkan dia kini mengumpul tiga kejuaraan peringkat perlumbaan iaitu ketika pada 2019 (peringkat kedua) serta dua lagi gelaran juara iaitu di peringkat kedua dan kelima pada 2020.

“Saya rasa kunci kepada pencapaian saya ini adalah disiplin. Kalau saya fokus untuk sesuatu perkara, saya akan melakukannya bersungguh-sungguh, tidur malam awal dan sebagainya.

“Saya sentiasa jadikan Datuk Azizul (hasni Awang) sebagai pemangkin semangat. Moral dan semangat dia memang, dengan usia dan kesakitannya membuatkan saya jadi lebih bersemangat.

“Saya sendiri berasa apabila dapat memberikan saingan sengit kepada pelumba-pelumba yang datang ke LTdL, kerana biasanya kita lihat mereka beraksi di Tour de France, La Vuelta, dan sebagainya, semuanya nampak hebat. Jadi apabila kita boleh memberikan tentangan sengit kepada mereka di sini, bagi saya agak hebatlah,” tambahnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya