Harimau Malaya patut panggil Suhaimi

Harimau Malaya patut panggil Suhaimi

Suhaimi Husin
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jurulatih Terengganu FC, Tomislav Steinbruckner memuji ketangkasan penjaga golnya, Suhaimi Husin dan beranggapan bahawa pemain itu selayaknya berada di dalam skuad kebangsaan.

Dalam aksi timbal balik menentang Selangor, Ahas lalu, aksi cemerlang Suhaimi menafikan deretan percubaan lawan berjaya menyingkirkan juara Piala Malaysia 33 kali itu di suku akhir.

“Suhaimi, jika anda semua lihat dalam aksi sebelum ini menentang Mariners, dia selamatkan semua serangan pasukan lawan dan saya rasa beliau antara penjaga gol terbaik buat masa ini dan dia selayaknya berada dalam skuad kebangsaan,” kata Steinbruckner.

Steinbruckner turut memberi bayangan bakal merehatkan beberapa tonggak selepas mengharungi minggu yang padat daripada aksi Liga Super, Piala AFC serta Piala Malaysia.

“Memandangkan kami berada di tangga keenam liga dan susah untuk naik kedudukan, jadi saya berhasrat untuk merehatkan beberapa pemain seperti Engku Nur Shakir, Nik Sharif Haseefy dan juga Sony Norde yang mengalami sedikit kecederaan,” katanya.

Menurut jurulatih asal Croatia itu, Terengganu kini berada di laluan yang tepat apabila tidak tewas dalam 10 perlawanan terakhir dan kali terakhir mereka kalah ialah ketika menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) beberapa bulan lalu.

“Semua perlawanan adalah penting disebabkan kami sudah lama tidak kalah sejak bulan Jun yang lalu selepas kalah kepada JDT, keputusan kami terima dalam 10 ke 11 perlawanan adalah menang dan seri,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya