Harimau Malaya ikat China 1-1

Harimau Malaya ikat China 1-1

FAISAL Abdul Halim dan Akhyar Rashid meraikan gol skuad Harimau Malaya ketika menentang China- Ihsan FAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Harimau Malaya hampir memalukan China apabila berjaya mengikat pasukan yang berada di ranking ke-80 dunia itu 1-1 dalam aksi persahabatan antarabangsa Tier 1 di Stadium Phoenix Hill, Chengdu, sebentar tadi.

Dalam aksi itu, skuad negara bermula garang apabila berjaya merobek gawang China seawal minit pertama menerusi Darren Lok namun, gol berkenaan dibatalkan kerana pemain Sabah FC itu dikesan ofsaid.

Selang sembilan minit kemudian, Faisal Abdul halim berjaya meletakkan skuad negara mendahului 1-0 menerusi satu hantaran lintang cantik Akhyar Rashid untuk mengejutkan puluhan ribu penyokong tuan rumah.

Corak permainan menyerang diterapkan Kim Pan Gon terus memastikan penguasaan Malaysia dan Dion Cools nyaris menanduk masuk gol, tetapi tersasar sebelah kanan.

Usaha keras China mendapatkan jaringan penyamaan berhasil apabila satu gerakan set pieces di luar kotak penalti dimanfaatkan Lin Liang Ming m-36 yang melepaskan tendangan deras menewaskan Syihan Hazmi.

Pada babak kedua, Pan Gon melakukan beberapa pertukaran dengan membawa masuk Pemain Paling Bernilai (MVP) Liga Malaysia, Arif Aiman Hanapi, Syahmi Safari dan Junior Eldstal dalam usaha untuk menambah baik persembahan Harimau Malaya.

Aksi sengit terus ditampilkan kedua-dua pasukan dengan Harimau Malaya juga mendapat beberapa peluang menjaringkan gol namun gagal diterjemahkan dengan bentuk jaringan.

Pada minit ke-78, perlawanan terhenti seketika apabila Li Shuai mengalami kecederaan serius selepas terlibat pertembungan di kepala dengan Syahmi sebelum dia digantikan oleh Li Lei.

China melakukan beberapa percubaan berbahaya ke gawang Malaysia pada penghujung permainan, namun gagal untuk menambah jaringan dan keputusan kekal 1-1 sehingga wisel penamat dibunyikan.

Pada Rabu lalu, Harimau Malaya telah mencatatkan keputusan positif sebelum ke Piala Asia 2023 tahun depan selepas berjaya mengikat pasukan ranking ke-94 dunia, Syria 2-2.

Perlawanan menentang China juga merupakan aksi ke-25 Pan Gon bersama Harimau Malaya dan Malaysia berjaya mencatat 16 kemenangan, empat seri dan hanya empat kekalahan selain menjaringkan 58 gol dan bolos 18 kali.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya