Hannah, warga MSN ucap selamat bersara kepada Shapawi

Hannah, warga MSN ucap selamat bersara kepada Shapawi

KETUA Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Ahmad Shapawi Ismail berara wajib hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Ahmad Shapawi Ismail, hari ini, secara rasmi bersara wajib setelah berkhidmat selama 35 tahun bersama badan induk sukan negara itu.

Melalui platform media sosial, MSN mengucapkan selamat bersara kepada bos mereka itu yang turut menyambut ulang tahun kelahirannya, hari ini.

“Selamat bersara dan terima kasih diucapkan kepada Datuk Ahmad Shapawi Ismail atas segala sumbangan dan dorongan yang diberikan sepanjang berkhidmat di MSN (1988-2023).

“Selamat menempuhi alam persaraan, semoga sentiasa berbahagia bersama keluarga tercinta,” kata kenyataan itu.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh turut mengucapkan selamat bersara dan selamat hari lahir kepada Shapawi menerusi akaun Instagram miliknya.

Beliau juga menitipkan serangkap pantun buat Shapawi yang mula dilantik sebagai Ketua Pengarah MSN pada Disember 2014.

“Kasih sukan demi pertiwi, Berpuluh tahun mengejar mimpi, Mengenang budi Datuk Shapawi, Mengalir air mata jatuh dipipi.

“Terima kasih Datuk Shapawi kerana banyak berkongsi pengalaman di @KBSMalaysia. Hari ini @msn_malaysia_official kehilangan sumber pengetahuan dan kepimpinan mereka selama ini.

“Happy birthday Datuk Shapawi dan semoga Datuk menikmati kualiti masa persaraan ini bersama Datin, anak-anak dan cucu!

“Saya telahpun berkongsi pandangan peribadi saya tentang persaraan beliau kepada kepimpinan tertinggi Kementerian, semalam. Dengan linangan air mata. Beliau akan terus dirindui,” kata Hannah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya