Halep digantung empat tahun kerana doping

Halep digantung empat tahun kerana doping

SIMONA Halep ketika memenangi kejuaraan Wimbledon 2019.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Bekas pemain No. 1 dunia, Simona Halep menegaskan, dia akan merayu ke mahkamah tertinggi sukan terhadap keputusan Agensi Integriti Tenis Antarabangsa (ITIA) menggantungnya selama empat tahun atas dua kes pelanggaran peraturan anti-doping yang berasingan.

Bekas juara Wimbledon dan Terbuka Perancis berusia 31 tahun itu digantung sementara sejak Oktober 2022 selepas disahkan positif roxadustat, sejenis bahan penggalak darah yang dilarang pada Terbuka Amerika Syarikat (AS) tahun lalu, di mana dia tewas di pusingan pertama.

Halep berkata dia ‘enggan menerima penggantungan empat tahun mereka (ITIA) ‘ yang berjalan sehingga 6 Oktober 2026.

“Saya terus berlatih dan melakukan segala-galanya untuk membersihkan nama saya daripada dakwaan palsu ini dan kembali ke gelanggang.

“Saya berhasrat untuk merayu keputusan ini kepada Mahkamah Timbang Tara Sukan dan meneruskan semua remedi undang-undang terhadap syarikat suplemen berkenaan,” kata bintang Romania itu.

Semalam, ITIA mendedahkan kesimpulan berdasarkan pengumpulan dan analisis 51 sampel darah yang disediakan oleh Halep.

“(Pertuduhan) pertama berkaitan Penemuan Analitik Buruk (AAF) untuk bahan terlarang roxadustat di Terbuka AS pada 2022, dijalankan melalui ujian air kencing biasa semasa pertandingan.

“Pertuduhan kedua berkaitan penyelewengan dalam Pasport Biologi Atlet (ABP) Halep,” kata ITIA dalam satu kenyataan.

Halep menafikan sekeras-kerasnya mengambil roxadustat dengan sengaja dan berkata dia mempunyai bukti menunjukkan sejumlah kecil ubat anemia itu memasuki sistemnya daripada suplemen berlesen yang tercemar. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya