Fizikal sasa pemain AS cabaran Malaysia

Fizikal sasa pemain AS cabaran Malaysia

PEMAIN negara sudah bersedia untuk berdepan cabaran sulung dalam Kejohanan Bola Sepak Orang Pekak Dunia menentang Amerika Syarikat di Cheras malam ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malaysia bersiap sedia berdepan permainan fizikal yang dijangka ditampilkan pemain Amerika Syarikat (AS) apabila membuka kempen Kejohanan Bola Sepak Orang Pekak Dunia (WDFC) malam ini.

Jurulatih skuad orang pekak Malaysia, Muhamad Haris Lajid berkata, beliau hanya sempat meninjau keadaan fizikal barisan pemain AS sewaktu mereka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), beberapa hari lalu.

“Mereka tiba awal ke negara kita, apa yang saya perhatikan para pemain AS memiliki ke­tinggian dan berbadan tegap, tetapi, ia memang saya sudah jangkakan.

“Memang jauh berbeza dari segi saiz fizikal dengan para pemain saya, justeru, saya amat berharap kita dapat mempamerkan kemahiran individu bagi menyaingi kelebihan yang dimiliki lawan,” katanya kepada Utusan Malaysia semalam.

WDFC 2023 akan membuka tirai secara rasmi pada pukul 8.30 malam di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur dengan Malaysia yang muncul negara Asia pertama bergelar tuan rumah akan berdepan AS dalam aksi Kumpulan A.

Haris yang berdepan cabaran besar membentuk pasukan bola sepak orang pekak Malaysia, mengakui bukan mudah untuknya membimbing pemain-pemain orang kelainan upaya (OKU) tersebut.

Jelas beliau, rata-rata anak buahnya tidak mendapat pendedahan sewajarnya selaku pemain bola sepak profesional dan sejak beberapa bulan lalu, latihan asas terpaksa diterapkan kembali agar para pemain mampu beraksi mengikut acuan yang dimahukannya.

“Para pemain ini masih belum matang, saya boleh katakan persiapan kami belum mencapai 100 peratus, cuma dua atau tiga pemain yang faham kehendak saya, tetapi, mereka ini berbakat besar sebenarnya.

“Sebagai contoh, saya memiliki pemain kembar, Muhammad Zumar Azman yang bermain di posisi bek kanan dan Muhammad Zamir selaku penyerang, mereka ini pemain yang sangat berbakat dan jika normal, adik beradik kembar ini mampu pergi jauh,” ujarnya.

Bakal menurunkan Zumar dan Zamir dalam kesebelasan utama, Haris amat berharap, anak-anak buahnya tidak gentar berdepan dengan pasukan berpengalaman seperti AS.

Selain AS, Malaysia juga bakal berdepan Jerman, Isnin ini dan menentang Mesir pada Rabu di Stadium Arena UM dengan kedua-dua perlawanan akan berlangsung pukul 4.30 petang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya