Dewan puji pemainnya walaupun tersingkir

Devan puji pemainnya walaupun tersingkir

PEMAIN tengah JDT, Oscar Arribas melompat apabila hampir bertembung dengan penjaga gol Negeri Sembilan FC, Firdaus Irman pada perlawanan suku akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Pengendali Negeri Sembilan FC (NSFC), K. Devan memberi pujian kepada anak buahnya yang mempamerkan semangat juang tinggi sepanjang 90 permainan ketika menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) pada aksi suku akhir kedua Piala Malaysia malam tadi walaupun tewas 1-4.

Walaupun ketinggalan 0-3 pada aksi pertama, skuad Hobin Jang Hobin tetap memberikan aksi terbaik dan berjaya menyerap tekanan dengan baik bahkan mampu merobek gawang skuad Harimau Selatan.

Katanya, sedikit kelekaan benteng pertahanan pada awal permainan yang membenarkan pemain JDT meledak tiga gol pada babak pertama menjejaskan misi pasukan untuk mengurangkan defisit jaringan pada perlawanan itu.

“Pertama sekali, bukan mudah buat pemain mengekalkan semangat juang tinggi setelah ketinggalan 0-3 lebih-lebih lagi berdepan pasukan sehebat JDT di Stadium Sultan Ibrahim (SSI). Dari segi prestasi, saya rasa pemain muda ini menunjukkan mereka boleh bersaing dengan JDT sepanjang permainan, mereka boleh bertahan, menyerang dan simpan bola (kawal permainan) dengan baik.

“Jika dinilai secara keseluruhan, saya seharusnya beri pujian kepada pasukan kerana begitu bersungguh-sungguh mengikut taktikal disiplin serta menunjukkan komitmen dengan baik. Dengan hampir keseluruhan pemain tempatan diturunkan, saya berpuas hati dengan permainan ditunjukkan.

“Ada sedikit kesilapan pada babak pertama apabila kita dibolosi tiga gol, kalau kita boleh bertahan seperti dilakukan pada separuh masa kedua, mungkin kita boleh kurangkan defisit jaringan,” katanya.

Devan turut enggan mengambil risiko dengan menurunkan dua tonggak pemain import, iaitu Herold Goulon dan Casagrande, sebaliknya mahu mereka cergas sepenuhnya pada aksi Liga Super bulan depan.

“Goulon masih cedera, manakala Casagrande dalam proses pemulihan, mereka boleh bermain hari ini tapi bukan pada tahap 100 peratus. Jadi, saya harap mereka cergas sepenuhnya pada 1 Oktober ini bagi perlawanan menentang Perak FC dalam saingan Liga Super,” katanya.

Mengenai sasaran selepas tersingkir daripada saingan Piala Malaysia, Devan menuntut pemainnya untuk memberikan yang terbaik dalam usaha memenangi kesemua lima baki perlawanan liga, dengan tiga daripadanya adalah aksi di laman sendiri.

“Berbaki tiga perlawanan di Paroi dan dua perlawanan di tempat lawan, saya rasa NSFC boleh menang empat daripadanya, sekali gus memperbaiki kedudukan dalam liga sekurang-kurangnya berada di posisi ketujuh.

“Melihat perjalanan musim ini yang hampir berakhir, bagi saya ini pencapaian yang baik walaupun pada musim lalu kita menamatkan saingan liga pada tempat keempat,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya