Danial Syahmi janji aksi terbaik di India

Danial Syahmi janji aksi terbaik di India

Danial Syahmi Ahmad Shahril
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelumba JuniorGP negara, Danial Syahmi Ahmad Shahril diberi peluang sekali lagi beraksi dalam Kejuaraan Motosikal Dunia dan kali ini di atas tiket wildcard (jemputan) pada Grand Prix (GP) India, 22-24 September ini di Litar Antarabangsa Buddh, Uttar Pradesh.

GP India yang merupakan aksi sulung Kejuaraan Motosikal Dunia di benua Asia, musim ini, bakal menyaksikan anak muda berusia 21 tahun itu memakili pasukan Petronas MIE Racing Vision Track Racing dalam kategori Moto3.

Danial Syahmi tidak bersendirian, apabila dia akan tampil bersama pelumba dari Chennai, India, Kadai Yaseen Ahamed, 26, yang turut diberi tiket wildcard.

Pelumba kelahiran Parit Buntar, Perak itu yang baru menamatkan pusingan akhir Red Bull Rookies Cup 2023, minggu lalu, akan memacu jentera Honda NSF250R pada penampilan keduanya dalam saingan Moto3.

Jun lalu, Danial Syahmi menggantikan rakan senegara, Syarifuddin Azman atau Damok yang terpaksa diketepikan pasukannya, MT Helmets-Msi akibat kecederaan pada GP Jerman.

“Terima kasih kerana beri peluang kepada saya beraksi di atas tiket ‘wild card’ di India, ini kali kedua saya beraksi dalam Kejuaraan Dunia, selepas saya gantikan Damok pada GP Jerman.

“Apa yang paling penting saya dapat menunggang motosikal Honda, saya punya pengalaman dengan jentera Honda selama dua tahun ini, jadi, mudah untuk saya cari keserasian,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan ZK Racing di sini hari ini.

Danial Syahmi berkata, dia akan bekerjasama dengan krew pasukan yang baharu dan berjanji untuk segera belajar supaya dapat memberikan aksi 100 peratus di trek nanti.

“Insya-Allah saya akan bagi komitmen lebih tinggi berbanding sebelum ini untuk berada dalam kelompok atas,” ujarnya.

Danial Syahmi baru sahaja menamatkan kempen Red Bull Rookies Cup 2023 di Litar Misano, minggu lalu, dan mengumpul 40 mata untuk berada di kedudukan ke-16 keseluruhan daripada 26 pelumba.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya