Damok, Danial bawa misi berbeza di India

Damok, Danial bawa misi berbeza di India

DAMOK kian terdesak buru mata menjelang perlumbaan pada GP India di Litar Antarabangsa Buddh, Uttar Pradesh, India, hujung minggu ini. - Ihsan ZK Racing
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Syarifuddin Azman dan Danial Syahmi Ahmad Shahril bakal beraksi pada Grand Prix (GP) Motosikal India yang julung kali diadakan di negara tersebut dengan membawa misi berbeza yang perlu dilunaskan dua pelumba muda negara itu.

Beraksi di Litar Antarabangsa Buddh, Uttar Pradesh, hujung minggu ini, Syarifuddin atau lebih mesra dengan panggilan Damok terdesak menambah pungutan matanya yang masih belum berganjak sejak perlumbaan di Argentina, manakala, Danial Syahmi tampil buat kali kedua di atas tiket wildcard (jemputan).

Perlumbaan di India juga merupakan aksi pertama Kejuaraan Motosikal Dunia di benua Asia dan ia juga petanda, GP Malaysia semakin menghampiri dengan Damok menjadi tumpuan peminat sama ada dia mampu memperbaiki prestasinya menjelang aksi di tanah air sendiri, 10-12 November depan.

Damok tiba di India dengan jumlah 5 mata keseluruhan dan berharap dapat memberikan saingan sengit pada GP India selepas perlumbaan di Catalunya, dua minggu lalu.

Pelumba yang mewakili pasukan MT Helmets-Msi itu secara terbuka mengakui perlumbaan di Catalunya tidak berjalan seperti diharapkannya.

DANIAL SYAHMI

“Saya mahu berikan yang terbaik minggu ini dan saya tidak sabar untuk beraksi di India.

“Ini merupakan litar yang baharu buat semua pelumba, dan tentunya banyak perkara yang saya dan pasukan perlu memahami dan pelajari,” katanya dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan oleh ZK Racing di sini, semalam.

Damok berkata, dia perlu bekerja keras kerana sasaran utamanya ialah memperoleh mata dalam perlumbaan tersebut.

Sementara itu, Danial Syahmi yang akan mewakili pasukan Petronas MIE Racing Vision Track Racing akan tampil bersama pelumba dari Chennai, India, Kadai Yaseen Ahamed yang turut berlumba di atas tiket wildcard.

“Pengalaman berlumba di Jerman sewaktu menggantikan Damok yang ditimpa kecederaan akan saya manfaatkan untuk perlumbaan di India dan saya berjanji memberikan komitmen tinggi kepada krew pasukan saya nanti,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya