Buru pingat pertama Malaysia motivasi Weng Son

Buru pingat pertama Malaysia motivasi Weng Son

ATLET wushu negara, Wong Weng Son yang kini berusia 32 tahun akan bersara tidak lama lagi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jaguh wusyu negara, Wong Weng Son teruja dan pada masa sama berdebar menyedari dirinya menjadi prospek untuk menyumbang pingat pertama Malaysia dalam Sukan Asia Hangzhou yang membuka tirai esok.

Pusat Sukan Xiaoshan Guali akan dibuka untuk acara wusyu Ahad ini, di mana dua pingat emas ditawarkan.

Weng Son, 31, yang akan bertarung dalam acara changquan dilihat sebagai calon pilihan untuk menaiki podium berdasarkan reputasinya pernah memenangi tiga emas dalam Kejohanan Dunia (jianshu 2016, 2018 dan qiangshu 2018).

Bagaimanapun, Weng Son sedar, ia bukan tugas mudah kerana dia bakal menerima tentangan sengit daripada atlet negara lain, khususnya China yang merupakan kuasa besar wusyu.

“Saya akan cuba sedaya upaya menghadirkan pingat awal buat negara dan saya juga ada sasaran peribadi yang ingin dicapai dengan pulang membawa pingat tapi apa yang ­penting, saya kena buat yang terbaik.

“Saya kena fokus 100 peratus dan beri segala-galanya. Saya tidak pasti sama ada masih dalam skuad atau tidak pada Sukan Asia selepas ini, jadi saya kena buat yang terbaik,” kata­nya kepada Utusan Malaysia.

Mengenai kesihatannya selepas dijangkiti Covid-19 sebelum ini, Weng Son berkata, dia bertambah baik selepas menukar ubat mengikut saranan Institut Sukan Negara (ISN).

“Sebelum ini, ada sedikit masalah pernafasan tetapi apabila tukar ubat yang disarankan ISN dan pakar perubatan, semuanya kembali normal dan saya memang jaga pengambilan ubat,” katanya.

Pada Sukan SEA di Kemboja, Mei lalu, Weng Son menjadi sandaran emas negara tetapi berdepan masalah kesihatan kesan daripada pengambilan ubat Covid-19.

Pada dua edisi sebelum ini di Jakarta-Palembang 2018 dan Incheon 2014, wusyu negara pulang dengan tangan kosong.

Begitupun, berdasarkan prestasi semasa, wusyu dilihat semakin menunjukkan peningkatan termasuk menerusi Tan Cheong Min yang meraih dua emas di Sukan SEA Kemboja dan muncul juara dunia.

Cheong Min akan turun dalam acara nanquan dan nandou all-around di Hangzhou.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya