‘Bantu Sabah kalahkan Hougang’

‘Bantu Sabah kalahkan Hougang’

ONG Kim Swee (kiri) bersama penyerang Sabah, Darren Lok dalam sidang akhbar di Stadium Likas semalam menjelang pertemuan Piala AFC menentang kelab Singapura, Hougang United malam ini. - IHSAN SABAH FC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengendali Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee menyeru penyokong Sang Badak memenuhi Stadium Likas apabila pasukannya berdepan cabaran Hougang United dalam aksi pembukaan Piala AFC malam ini.

Kata Kim Swee, kehadiran penonton tampak menurun sejak kebelakangan ini sedangkan anak-anak buahnya memerlukan sokongan padu penyokong bagi menaikkan semangat mereka untuk menghadapi lawan dari Singa­pura itu.

“Saya perhatikan kehadiran penyokong kebelakangan ini sedikit berkurangan. Saya menyeru kehadiran mereka kerana ia penting untuk memberi semangat buat pasukan.

“Saya faham ini bukan perlawanan hujung minggu tetapi saya yakin penyokong setia akan hadir ke stadium memberi sokongan kerana itu penting bagi menaikkan motivasi kepada pemain baik ketika perlawanan bermula atau berakhir,” kata Kim Swee.

Kata bekas pengendali Harimau Malaya itu, Sabah turun dengan misi mahu menampilkan prestasi terbaik di pentas Asia, dan mengulangi kejutan yang pernah dilakukan oleh Johor Darul Ta’zim (JDT, muncul juara 2015) serta Kuala Lumpur City (naib juara 2022).

“Kita mempunyai objektif dalam setiap kejohanan yang disertai. Sudah tentu kita mahu layak sejauh mungkin dalam Piala AFC seperti yang dilakukan JDT dan Kuala Lumpur tapi kita harus fokus satu demi satu perlawanan, tidak boleh fikir terlampau jauh.

“Pemain tidak ada tekanan kerana mereka mempunyai pengalaman luas di peringkat antarabangsa dan mampu mengawal tekanan dengan baik dan ini adalah kelebihan buat kami tetapi kami tidak mengambil mudah,” katanya.

Selain Hougang, Sabah turut diletak dalam Kumpulan H bersama kelab Vietnam, Hai Pong FC serta PSM Makassar dari Indonesia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya