Babor lakar sejarah, Jackson rampas jersi hjau LTdL 2023

Babor lakar sejarah, Jackson rampas jersi hijau LTdL 2023

KUALA LUMPUR, 26 SEPTEMBER 2023 - Pelumba dari Pasukan Caja Rural Seguros RGA, Daniel Babor (jersi hijau putih) muncul juara bagi perlumbaan Peringkat 4 dari Bukit Mertajam, Pulau Pinang menuju ke Meru Raya, Perak sejauh 140.2 km pada siri jelajah Le Tour de Langkawi (LTdL) 2023 di sini hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Pelumba pasukan Caja Rural, Daniel Babor mencipta kejutan menjadi pelumba pertama melintasi garisan penamat peringkat keempat perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2023 yang berlangsung di Meru Raya, Ipoh hari ini.

Sebanyak 121 orang pelumba kekal meneruskan perlumbaan hari ini yang bermula di Bukit Mertajam, Pulau Pinang dengan jarak laluan sejauh 140.2 kilometer (km).

Tiga zon pecutan ditawarkan dalam perlumbaan ini bermula di km 38.1 Bagan Serai yang menjadi milik Ratchanon Yaowarat (Thailand Continental Cycling), manakala zon berikutnya di km 94.3 Talang diungguli Thanacat Ratan (Roojai Online Insurance). Zon pecutan terakhir di km 118.0 Sungai Siput pula milik Choi Dong Hyeok (KSPO Profesional) .

Terdahulu, Dong Hyeok turut cemerlang menawan satu-satunya zon dakian dalam perlumbaan ini iaitu di km 82.6 Kuala Kangsar.

Persaingan semakin sengit apabila kelompok besar peloton berjaya menangkap kumpulan pendahulu untuk bersama-sama menamatkan perlumbaan di Meru Raya, namun tuah menjadi milik Babor yang tangkas memecut laju ke garisan penamat.

Pelumba berusia 23 tahun itu melakar sejarah menjadi pelumba Republik Czech pertama memenangi perlumbaan peringkat LTdL dengan catatan masa 3 jam 6 minit 5 saat (s).

Juara peringkat ketiga semalam George Jackson (Bolton Equities Black Spoke) menduduki tempat kedua, manakala Sasha Weemaes (Human Powered Health) hanya berpuas hati di tempat ketiga.

“Jadi bagi saya ia bukanlah tidak dijangka kerana saya mempunyai rakan sepasukan yang bagus. Saya tahu tidak berada pada keadaan baik namun saya mempunyai standard tersendiri.

“Kami berjaya melakukan kerja berpasukan dengan baik hari ini. Ia satu pencapaian yang besar kerana saya bergelut tahun ini namun menuju ke penghujung musim, saya berjaya memberikan kayuhan mantap buat diri sendiri dan pasukan,” jelas Babor.

Pengubat duka untuk pasukan negara apabila Zulhelmi Zainal dinobatkan sebagai pelumba terbaik Asia peringkat ini setelah menghabiskan perlumbaan di kedudukan 11 keseluruhan.

Berlaku perubahan sekali lagi membabitkan dua jersi utama, apabila Jackson berjaya merampas jersi hijau, pendahulu keseluruhan selepas mencatat masa 16:01.4s, sementara jersi putih, Pelumba Terbaik Asia pula menjadi milik Yaowarat

Arvid De Kleijn (Tudor Pro Cycling Team) berjaya mengekalkan Jersi Jingga, begitu juga rakan sepasukannya, Simon Pellaud turut sama berjaya mengekalkan penguasaan jersi bintik merah (Raja Bukit).

Peringkat kelima esok akan berlangsung dari Slim River ke Genting Highlands sejauh 126.4km.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya