Azizulhasni berdepan ‘jadual gila’

Azizulhasni berdepan ‘jadual gila’

KETUA Kontinjen Negara ke Sukan Asia, Chong Kim Fatt (kiri) meninjau latihan skuad berbasikal negara yang diketuai Azizulhasni Awang (empat, kanan) menjelang temasya di Hangzhou, China yang membuka tirai 23 September ini. – IHSAN MAJLIS OLIMPIK MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NILAI: Bagaikan dejavu, jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang bakal berdepan jadual pertandingan padat dalam Sukan Asia Hangzhou yang akan membuka tirai 23 September depan.

Situasi sama dihadapi Azizulhasni ketika Kejohanan Dunia di Glasgow, Scotland Ogos lalu yang menyaksikan dia tidak mempunyai rehat yang cukup sehingga rebah sejurus selepas separuh akhir keirin tamat.

Berbekalkan episod pahit itu, Azizulahasni enggan penampilan terakhirnya di Sukan Asia memusnahkan impian untuk merangkul pingat emas.

Acara berbasikal trek di Hangzhou akan berlangsung selama empat hari bermula 26 September di Velodrom Pusat Sukan Chun’an Jieshou.

Begitupun Azizulhasni dan rakan sepasukan, Shah Firdaus Shahrom dari awal lagi tidak akan menyertai acara pecut berpasukan bagi membolehkan mereka mempunyai rehat yang cukup untuk menumpukan perhatian bagi acara individu.

“Dari segi jadual, memang agak padat dengan setiap perlumbaan dibezakan 15 minit sahaja dan dalam satu hari, ada yang perlu berlumba antara tiga hingga empat perlumbaan.

“Sekurang-kurangnya saya banyak belajar ketika Kejohanan Dunia, dan memandangkan ini kejohanan penting untuk negara, saya kena kuatkan persiapan secara mental dan fizikal.

“Saya boleh katakan ini pertama kali jadual rapat begini, saya tidak pasti mengapa. Mungkin anggapan saya, China mempunyai pelumba untuk setiap acara tetapi dibandingkan dengan format Olimpik, ia jauh berbeza,” jelas Azizulhasni.

Pemenang pingat perak keirin Sukan Olimpik Tokyo 2022 itu yang ditemui ketika sesi ­lawatan Ketua Kontinjen Negara (CDM) Sukan Asia, Datuk Chong Kim Fatt di Velodrom Nasional, Nilai semalam.

Sungguhpun begitu, Azizulhasni dilihat berpeluang untuk mempertahankan pingat emas yang dimenangi dalam acara pecut berdasarkan prestasinya tahun ini apabila menggenggam dua pingat emas ketika Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC), Jun lalu.

Pada usia yang sudah ­menginjak 35 tahun, Sukan Asia kali ini adalah penampilan terakhir buat bekas juara dunia itu dalam temasya berkenaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya