Azeem tamatkan penantian 41 tahun, raih gangsa 100m Sukan Asia

Azeem tamatkan penantian 41 tahun, raih gangsa 100m Sukan Asia

AZEEM Fahmi (kanan) ketika meraikan kejayaan meraih gangsa 100m dalam Sukan Asia di Hangzhou. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Muhammad Azeem Fahmi menamatkan kemarau 41 tahun Malaysia untuk meraih pingat 100 meter (m) lelaki dalam Sukan Asia apabila memenangi gangsa di Hangzhou hari ini.

Pelari remaja berusia 19 tahun itu mencatat kepantasan 10.11 saat (s) untuk memenangi gangsa hanya dalam penampilan pertamanya pada temasya empat tahun sekali itu.

Jaguh pecut tuan rumah, Xie Zhenye merangkul emas dengan catatan 9.97s, manakala perak milik Puripol Boonson dari Thailand selepas mencatat masa 10.02s.

Kali terakhir Malaysia meraih pingat dalam acara 100m ialah menerusi Rabuan Pit pada 1982 di Delhi, India.

Rabuan ketika itu memenangi emas dengan catatan 10.68s menewaskan Jang Jae-keun dari Korea Selatan.

Azeem yang memegang rekod 100m kebangsaan dengan catatan 10.09s bakal beraksi dalam dua lagi acara iaitu 200m dan 4×100m. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya