Azeem asah ‘kuku’ menjelang Sukan Asia

Azeem asah ‘kuku’ menjelang Sukan Asia

MUHAMMAD Azeem Fahmi masih mempunyai peluang untuk meraih slot secara merit ke Sukan Olimpik Paris 2024.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jurulatih Muhammad Azeem Fahmi, Ken Harnden sedang bekerja keras memperbetulkan teknik permulaan bintang pecut sensasi negara itu agar tampil lebih laju dalam Sukan Asia Hangzhou yang membuka tirai 23 September depan.

Azeem gagal mencapai misi untuk memecah rekod 100 meter (m) kebangsaan yang juga catatan peribadi terbaiknya, 10.09 saat (s) dalam Kejohanan Olahraga Dunia, Budapest bulan lalu.

Bagi Harnden yang membimbing Azeem di Universiti Auburn, pelari kelahiran Pe­rak tersebut gugup dan berlari dalam tekanan di Budapest memandang­kan itu penampilan pertamanya pada kejohanan terbesar dunia.

Cabaran Azeem terhenti ­seawal pusingan pertama.

Masalah blok permulaan pula bukan isu asing buat Azeem dan sehingga kini masih menjadi igauan buat pelari berusia 19 tahun itu apabila dia pernah tersingkir gara-gara melakukan false start ketika menyertai sesi saringan acara 100m di Sukan SEA Vietnam 2021.

“Memang kecewa kerana Azeem boleh berlari dengan ca­tatan 10.10s untuk layak ke separuh akhir (Kejohanan ­Dunia) tetapi ia tidak berlaku.

Azeem Fahmi
MUHAMMAD AZEEM FAHMI

Kami tidak mengambil peluang itu sebaiknya tetapi ia satu pe­ngalaman yang baik.

“Saya mesti melakukan tugas yang lebih baik memastikan dia bersedia apabila berada dalam situasi tertekan terutama blok permulaan. Ia sesuatu yang sedang kami usahakan.

“Selepas ini Sukan Asia. Kami belajar daripada pengalaman ini untuk menjadi lebih baik,” jelas Harnden.

Kali terakhir skuad olahraga negara berjaya menyumbangkan pingat di pentas Sukan Asia adalah ketika edisi 2006 Doha menerusi Roslinda

Samsu yang meraih perak acara lompat bergalah, manakala Noraseela Khalid merangkul pingat gangsa dalam 400m lari berpagar­ ­wanita.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya