Arvid "Si Gorila Kecil" tawan peringkat 6 LTdL 2023

Arvid “Si Gorila Kecil” tawan peringkat 6 LTdL 2023

KUALA LUMPUR, 28 SEPTEMBER 2023 - Pelumba Pasukan Tudor Cycling Pro, Arvid De Kleijn muncul juara pada perlumbaan Peringkat 5 dari Karak, Pahang menuju ke Dataran Pahlawan, Melaka sejauh 174.5 km pada siri jelajah Le Tour de Langkawi (LTdL) 2023 di sini hari ini. GAMBAR - AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Pelumba pasukan Tudor Pro Cycling, Arvid De Kleijn mengumpul koleksi kejuaraan keduanya dalam perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2023 apabila menawan peringkat keenam yang berlangsung dari Karak ke Bandar Hilir, Melaka pada hari ini.

Sebanyak 116 pelumba mengharungi jarak laluan sejauh 174 kilometer (km) untuk peringkat perlumbaan ini, merentasi tiga zon pecutan iaitu di km 34.4 Pelangai, km 81.8 Batu Kikir dan km 96.4 Kuala Pilah serta dua zon dakian iaitu di km 20 Gapoi dan km 104.6 Luak Inas.

Menuju ke penghujung perlumbaan di Bandar Hilir, Melaka, De Kleijn mempertingkatkan kayuhannya untuk memecut laju ke garisan penamat untuk ditabalkan juara peringkat perlumbaan ini.

Temat kedua milik pelumba Human Powered Health, Sasha Weemaes sementara pelumba Astana Qazaqstan Team, Gleb Syritsa ketiga dengan kesemua meraka merakam masa sama 4 jam 8 minit 19 saat (s).

Lebih manis De Kleijn turut berjaya mempertahankan jersi jingga, Raja Pecut yang dipegangnya sejak peringka pertama perlumbaan.

Kemenangan pada hari ini benar-benar luar biasa dan ia dibantu hasil kerja keras rakan sepasukan saya. Pada mulanya kami sedikit bergelut di hadapan tetapi kami berjaya tingkatkan kelajuan pada penghujung perlumbaan.

“Menguasai saingan LTdL sekali lagi ini adalah sangat menggembirakan. Apapun, kami akan lakukan seperti ini dalam baki dua perlumbaan esok dan Sabtu,” jelas De Kleijn.

De Kleijn diberikan gelaran “Si Gorila Kecil” setelah muncul juara peringkat pertama Tour of Turkiye 2021 setelah menewaskan Andre Greipel yang terkenal dengan nama timangan, ‘Gorila’.

Terdahulu pelumba kelahiran Belanda ini telah berjaya menawan peringkat pertama perlumbaa LTdL dari Kerteh ke Kuala Terengganu pada Sabtu lalu.

Tiada perubahan membabitkan tiga pemegang jersi utama yang lain, dengan rakan sepasukan De Kleijn, Simon Pellaud unggul mempertahankan jersi bintik merah, Raja Bukit.

Jersi putih, Pelumba Terbaik Asia pula milik pelumba Astana Qazaqstan Team, Vadim Pronskiy, manakala jersi hijau, pendahulu keseluruhan kekal disandang Simon Carr dari EF Education-Easypost.

Pelumba terbaik Malaysia untuk perlumbaan peringkat ini menjadi milik Nur Aiman Rosli setelah berjaya menghabiskan saingan di kedudukan ke 16 keseluruhan.

Perlumbaan peringkat ketujuh esok akan bermula dari Muar ke Seremban 2 dengan jarak 123.8km.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya