Arvid juara peringkat pertama LTdL 2023, Aiman Raja Bukit

Arvid juara peringkat pertama LTdL 2023, Aiman Raja Bukit

NUR Aiman Zariff (kiri) meraikan kejayaan muncul Raja Bukit bersama pemenang peringkat pertama Le Tour de Langkawi 2023, Arvid De Klein (tengah) dan pemenang jersi putih pelumba terbaik Asia. - UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Pelumba Terengganu Polygon Cycling (TSG), Nur Aiman Zariff menceriakan peminat tempatan menggondol jersi bintik merah, Raja Bukit setelah impian untuk menyaksikan pelumba negara menamatkan penantian 27 tahun memenangi peringkat perlumbaan di Terengganu bagi saingan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2023 hari ini tidak kesampaian.

Perlumbaan pertama yang bermula di Kerteh dan berakhir di Kuala Terengganu dengan jarak sejauh 187.4 kilometer (km) itu menyaksikan Aiman yang juga penyandang Raja Bukit bijak mengatur strategi apabila mengungguli zon dakian pertama di Jerangau dan seterusnya menambah satu lagi mata di Sekayu untuk menafikan hasrat pelumba Roojai Online Insurance, Tegshbayar Batshaikhan untuk meraih jersi bintik merah.

Tatkala perlumbaan semakin menuju ke penghujungnya, pelumba pasukan Tudor Pro Cycling, Arvid De Klein mengorak langkah memecut ke garisan untuk ditabalkan juara peringkat pertama LTdL 2023 dengan catatan 4 jam 25 minit 48 saat (s) .

Begitupun kemenangan De Klein terpaksa ditentukan menerusi ‘photo finish’ sekaligus tempat kedua menjadi milik Sasha Weemaes (Human Powered Health) dan tempat ketiga diraih Gleb Syritsa (Astana Qazaqstan).

Pelumba pasukan kebangsaan, Izzat Hilmi Abdul Halil hampir lagi menamatkan penantian 27 tahun untuk pelumba tempatan menaiki podium di Terengganu, namun dia terpaksa akur apabila menghabiskan saingan di tempat keempat.

KELOMPOK pelumba menuju ke Kuala Terengganu dari Kerteh pada peringkat pertama Le Tour de Langkawi 2023 sejauh 187.4 kilometer hari ini. – UTUSAN/AMIR KHALID

Bagaimanapun skuad Malaysia masih boleh mendabik dada apabila mereka berjaya tampil seagai pasukan terbaik Asia untuk peringkat pertama perlumbaan LTdL 223

Dengan kemenangan ini, Arvid turut merangkul jersi hijau, pendahulu keseluruhan dengan kelebihan 0.04s serta jersi jingga, Raja Pecut. Jersi putih, Pelumba Terbaik Asia diberikan kepada Batshaikhan.

“Saya rasa cukup bagus pada hari ini, walaupun pada penghujung perlumbaan, pecutan dibuat setiap pelumba dalam keadaan kelam kabut. Tetapi saya berjaya mencari ruang dan berjaya memecut laju ke garisan penamat.

“Saya amat gembira dengan prestasi pasukan saya kerana mereka berjaya membantu saya untuk hari ini. Saya mahukan kemenangan pertama, dan kita akan cuba lihat untuk hari-hari berikutnya pula,” jelas Arvid. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya