Argentina mahu Messi dalam skuad Olimpik Paris 2024

Argentina mahu Messi, Di Maria dalam skuad Olimpik Paris 2024

LIONEL MESSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUENOS AIRES: Pemilik tujuh anugerah Ballon d’Or, Lionel Messi mungkin beraksi dalam Sukan Olimpik Paris 2024 setelah mendapat jemputan daripada pengendali skuad bawah 23 (B-23) tahun Argentina, Javier Mascherano.

Mascherano yang beraksi bersama Messi ketika mewakili Barcelona membuat tawaran berkenaan setelah setiap pasukan berhak untuk menyenaraikan tiga orang pemain senior untuk beraksi di temasya sukan terbesar dunia itu.

Selain Messi, Mascherano juga turut berminat untuk mendapatkan khidmat Angel Di Maria.

Begitupun dia menyerahkan keputusan tersebut kepada dua pemain berkenaan sama ada untuk mewakili Albiceleste di Sukan Olimpik Paris tahun hadapan atau sebaliknya.

“Memang jelas ia akan menjadi satu penghormatan untuk kami jiak berjaya mendapatkan dua juara dunia itu bersama pasukan. Ada sesetengah pemain berhak untuk membuat keputusan tertentu dan tidak dinafikan Messi dan Di Maria adalah tergolong dalam kalangan pemain itu,” jelas Mascherano.

Dalam masa yang sama, Mascherano turut menjemput pengendali skuad senior, Lionel Scalono untuk mengendalikan pasukannya sekiranya mereka berjaya layak ke Sukan Olimpik Paris 2024.

ANGEL DI MARIA

“Jika kami layak ke Sukan Olimpik, dia (Scaloni) berhak untuk menjadi jurulatih,” tambahnya.

Messi dan Di Maria pernah menjadi sebahagian daripada skuad kendalia Sergio Batista yang membantu Argentina memenangi pingat emas Sukan Olimpik Beijing 2008.

Bagaimanapun ketika ini Messi dilihat sukar untuk memenuhi jemputan Mascherano memandangkan khidmatnya juga turut ditagih skuad senior untuk kempen Kejohanan Copa America yang akan berlangsung di Amerika Syarikat pada Jun.

Selain itu, Kylian Mbappe juga turut mungkin akan bersama Perancis untuk Sukan Olimpik kali ini memandangkan penyerang itu pernah menyuarakan hasrat untuk mewakili negaranya dalam temasya yang akan diadakan di laman sendiri.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya