Aniq raih gangsa Kejohanan Dunia

Aniq raih gangsa Kejohanan Dunia

ANIQ Kasdan (kanan) meraih pingat gangsa acara clean & jerk pada Kejohanan Angkat Berat Dunia di Riyadh. - IHSAN FB AYUB RAHMAT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Mohamad Aniq Kasdan melakar kejayaan sensasi meraih pingat gangsa acara clean & jerk kategori 61 kilogram (kg) dalam Kejohanan Angkat Berat Dunia 2023 di Riyadh, Arab Saudi, malam tadi.

Angkatan 166kg membolehkan juara Sukan Komanwel 2022 itu memenangi gangsa di belakang pemenang dari Amerika Syarikat, Hampton Morris (168kg), manakala Li Fabin dari China meraih perak 167kg.

Aniq, 21, juga cemerlang memecahkan rekod kebangsaan dengan angkatan keseluruhan 291kg selepas mengangkat bebanan 125kg bagi acara snatch.

Ini kali kedua Aniq memenangi pingat dalam Kejohanan Dunia selepas meraih perak clean & jerk kategori 55kg pada edisi 2021 di Uzbekistan.

ANIQ berada pada kedudukan kesembilan keseluruhan bagi meletakkannya di landasan tempat untuk layak ke Sukan Olimpik 2024.

Presiden Persekutuan Angkat Berat Malaysia (PABM), Datuk Ayub Rahmat
berkata, Aniq di landasan terbaik untuk meraih tiket ke Sukan Olimpik 2024 di Paris apabila menghuni kedudukan kesembilan keseluruhan dalam Ranking Kelayakan selepas tiga kejohanan.

Selepas menyertai Kejohanan Asia di Jinju, Korea Selatan, Grand Prix Persekutuan Angkat Berat Antarabangsa (IWF) di Havana, Cuba dan Kejohanan Dunia (kejohanan kelayakan wajib ke Olimpik), Aniq berada pada kedudukan kesembilan keseluruhan.

“Hanya 10 atlet terbaik setiap kategori (hanya seorang atlet satu negara) Olimpik layak secara automatik untuk ke Sukan Olimpik Paris 2024,” kata Ayob. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN