All Blacks kembali tunjuk 'taring' bedil Namibia 71-3

All Blacks kembali tunjuk ‘taring’ bedil Namibia 71-3

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOULOUSE: Juara tiga kali, New Zealand bangkit daripada kekalahan kepada Perancis dalam aksi pembukaan dengan membedil Namibia 71-3 pada perlawanan kedua Kumpulan A, Ragbi Piala Dunia, awal pagi tadi.

Ini adalah kemenangan ke-50 buat All Blacks dalam kejohanan berprestij itu sejak muncul juara edisi pertama pada 1987.

Skuad kendalian Ian Foster tumbang 27-13 kepada tuan rumah, Perancis di Paris minggu lalu tetapi kelihatan amat bertenaga dalam aksi yang berlangsung di bawah hujan lebat di Toulouse hari ini.

Namibia yang kalah 14-58 kepada All Blacks di London 2015, selain tumpas 9-71 di Tokyo, empat tahun lalu tidak pernah memenangi sebarang perlawanan sejak 1999.

Pasukan Afrika itu juga amat terjejas selepas kehilangan pemain tengah, Le Roux Malan yang disyaki retak kaki pada pertengahan separuh masa pertama, di mana perlawanan terpaksa dihentikan beberapa minit.

Malan kelihatan tergelincir dalam cubaan mengatasi Beauden Barrett sebelum terpaksa dikeluarkan dan diberi tepukan gemuruh oleh penonton serta rakan-rakan pemain.

“Kami keluar dengan matlamat jelas, mahu mengukuhkan kedudukan dari awal permainan.

“Saya fikir kami menguasai perlawanan sejak mula, agak dan itu kunci kepada permainan.

“Ia membolehkan kami memilih rentak permainan yang kami mahukan selepas itu,” kata Foster. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya