All Blacks buat 'pembersihan’, tukar sembilan pemain

All Blacks buat ‘pembersihan’, tukar sembilan pemain

KEKALAHAN 13-27 kepada Perancis dalam aksi pembukaan minggu lalu mendorong All Blacks membuat sembilan pertukaran berdepan Namibia pada perlawanan kedua Ragbi Piala Dunia esok. – IHSAN ALL BLACKS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAINT-ETIENNE: Masih terluka dengan kekalahan 13-27 kepada tuan rumah, Perancis dalam aksi pembukaan, New Zealand bakal menukar sembilan pemain berdepan Namibia pada perlawanan kedua Ragbi Piala Dunia esok.

Ia kekalahan pertama dialami All Blacks di peringkat kumpulan dalam sejarah Piala Dunia.

Halfback, Cam Roigard antara yang bakal diuji buat kali pertama oleh pengendali New ­Zealand, Ian Foster.

Juara tiga kali itu juga akan merehatkan beberapa bintang bagi mencari kemenangan sulung dalam Kumpulan A.

Kapten Sam Cane, pemain ­tengah, Jordie Barrett, Tyrel Lomax (prop) dan pemain sayap, Shannon Frizell terus diketepikan akibat kecederaan, manakala Ardie Savea sekali lagi mengetuai pasukan di Toulouse.

Savea, Beauden Barrett, Anton Lienert-Brown, Dalton Papali’i, Sam Whitelock dan Nepo Laulala antara anggota skuad menentang Perancis yang akan dikekalkan.

Whitelock bakal menyamai rekod penampilan terbanyak All Blacks yang dipegang Richie McCaw iaitu 148 kali, manakala Damian McKenzie akan bermula di depan Richie Mo’unga mengisi posisi fly-half (pertahanan).

Seperti New Zealand, Namibia juga ibarat ‘singa lapar’ selepas tewas 8-52 kepada Itali dalam aksi pertama.

“Kami menjangkakan ujian amat besar dripada Namibia.

“Walaupun kecewa dengan perlawanan pertama, ia tidak mengalihkan fokus kami.
“Perlawanan ini penting untuk kami meneruskan kemaraan dan kami tidak sabar untuk datang ke Toulouse, menguji diri sendiri,” kata Foster. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya