PETALING JAYA: Beregu lelaki utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik meneruskan misi memburu kejuaraan pertama dalam Jelajah Dunia apabila melangkah ke suku akhir badminton Terbuka China di Changzhou hari ini.
Pasangan No. 4 dunia itu mengetepikan beregu tuan rumah, He Ji Ting-Zhou Hao Dong 21-16, 21-17 dalam pertarungan 40 minit.
Ini adalah kemenangan ketiga mereka daripada empat pertemuan ke atas pasangan No. 16 dunia itu.
Aaron-Wooi Yik yang gagal mempertahankan kejuaraan dunia di Denmark, bulan lalu kini akan berdepan pemenang di antara pasangan negara, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi atau Rasmus Kjaer-Frederik Sogaard dari Denmark.
Terdahulu, cabaran beregu wanita negara, Pearly Tan-M. Thinaah berakhir di suku akhir selepas tumpas 16-21, 16-21 kepada pasangan No. 4 dunia, Yuki Fukushima-Sayaka Hirota dari Jepun. – UTUSAN ONLINE