Aaron-Wooi Yik lepasi halangan pertama Terbuka China

Aaron-Wooi Yik lepasi halangan pertama Terbuka China

AARON Chia (kanan) dan Soh Wooi Yik
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Aaron Chia-Soh Wooi Yik melepasi halangan pertama pada kejohanan badminton Terbuka China apabila melangkah ke pusingan kedua beregu lelaki di Changzhou, sebentar tadi.

Pasangan No. 6 dunia itu yang memenangi pingat gangsa Kejohanan Dunia di Denmar, bulan lalu menyingkirkan beregu Korea Selatan, Choi Sol Gyu-Kim Won Ho 21-10, 25-23.

Kemenangan tersebut akan menemukan mereka dengan pasangan China, He Ji Ting-Zhou Hou Dong yang mara selepas menumpaskan Chang Ko Chi-Po Li Wei dari Taiwan 21-14, 21-17.

Biarpun mencatat kemenangan, Aaron-Wooi Yik mengakui, prestasi mereka belum ditahap terbaik kerana masih keletihan selepas beraksi dalam Kejohanan Dunia.

“Permainan kami okey, terutama di set pertama. Kami bermain dengan sangat baik, namun di set kedua tidak begitu bagus secara segi taktikal.

“Bagaimanapun kami perlahan-lahan kembali dan memenangi perlawanan itu straigt-set,” kata Wooi Yik.

ONG YEW SIN-TEO EE YI (AFP)

Turut mara ke pusingan kedua pilihan kelapan, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi yang menumpaskan pasangan tuan rumah, Ren Xiang Yu-Tan Qian 21-16, 23-21, sekali gus bakal berdepan beregu Denmark, Denmark Rasmus Kjaer-Frederik Sogaard esok.

Pasangan beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei pula menewaskan pasangan India Rohan Kapoor-Sikki Reddy 21-15, 21-16.
Pemain nombor 11 dunia Tang Jie-Ee Wei akan menentang pilihan keenam Korea Selatan Won Ho-Jeong Na Eun seterusnya.

Dalam beregu wanita, Vivian Hoo-Lim Chiew Sien bangkit daripada ketinggalan untuk menang 12-21, 21-11, 22-20 ke atas pasangan Jepun, Rui Hirokami-Yuna Kato.

Begitupun Vivian-Chiew Sien berdepan cabaran besar seterusnya, kerana mereka akan menentang pemain nombor dua dunia Baek Ha Na-Lee So Hee dari Korea Selatan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya