Zii Jia, Tze Yong berdepan tugas berat

Zii Jia, Tze Yong berdepan tugas berat

LEE ZII JIA ketuai kemaraan Malaysia di Piala Thomas 2024 di Chengdu, China, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Cabaran getir bakal menanti dua perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia dan Ng Tze Yong dalam Kejohanan Badminton Dunia 2023 apabila membuka kempen di Denmark dengan berdepan pencabar yang kuat.

Zii Jia akan memulakan cabaran di Copenhagen dengan berdepan pemain No. 5 dunia, Jonatan Christie dari Indonesia.

Tze Ying pula membuat perhitungan dengan pemenang pingat gangsa Kejohanan Dunia tahun lalu, Zhao Jun Peng dari China.

Tze Yong dan Jun Peng belum pernah bertemu, manakala Zii Jia pernah tiga kali menang ke atas Jonatan sepanjang tujuh pertemuan sebelum ini.

Begitupun, beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik yang turun untuk mempertahankan kejuaraan menarik nafas lega menerima ‘bye’ pada pusingan pertama dalam undian yang diadakan di ibu pejabat Persekutuan Badminton Dunia (BWF), Kuala Lumpur hari ini.

Kelebihan itu diberikan kepada Ong Yew Sin-Teo Ee Yi yang diletakkan sebagai pilihan ketujuh, namun berbeza dengan Man Wei Chong-Tee Kai Wun yang mendapat slot ke saingan ini pada saat akhir apabila diundi bertemu pasangan Perancis, Lucas Corvee-Ronan Labar.

Cabaran sebenar Aaron-Wooi Yik adalah memasuki pusingan ketiga apabila dijangka berdepan juara Olimpik, Lee Yang-Wang Chi Lin dari Taiwan.

“Saya rasa ia bukan perkara mudah kerana beregu lelaki adalah kategori yang amat sengit, jadi kami hanya member tumpuan kepada persiapan sendiri.

“Saya dan Aaron cuba memberi yang terbaik dalam setiap perlawanan, kami perlu bekerjasama kerana ini kejohanan yang penting,” jelas Wooi Yik.

Dalam perseorangan wanita, Goh Jin Wei akan menentang pemain ranking ke-65 dunia, Vivien Sandorhazi dari Hungary pada pusingan pertama, manakala S. Kisona menentang pemain Taiwan, Pai Yu Po.

Dalam beregu campuran, Shevon Lai-Soon Huat yang diletak sebagai pilihan ke-10 serta rakan sepasukan, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei mendapat ‘bye’ untuk terus ke pusingan kedua.

Cabaran Malaysia dalam beregu wanita pula digalas Pearly Tan-M.Thinaah, Vivian Hoo-Lim Chiew Sin serta Anna Cheong-Teoh Mei Xing yang mendapat slot pada saat akhir.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya