Zii Jia, Tze Yong akhirnya berentap sesama sendiri di Australia

Zii Jia, Tze Yong akhirnya berentap sesama sendiri di Australia

NG TZE YONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ng Tze Yong bakal membuat perhitungan dengan rakan senegara, Lee Zii Jia pada suku akhir badminton Terbuka Australia esok selepas melakar kejutan menyingkirkan pemain No. 5 dunia, Jonatan Christie dari Indonesia hari ini.

Turun sebagai pemain ranking ke-21 dunia, Tze Yong melakar kemenangan straight-set 22-20, 21-15 ke atas Jonathan di Sydney hari ini.

Ia adalah kemenangan pertama buat pemain berusia 23 tahun dari Johor Bahru itu dalam tiga pertemuannya menentang perseorangan kedua Indonesia tersebut selepas tewas pada Terbuka Switzerland 2022 dan Piala Thomas 2020.

Kejayaan itu menyaksikan Tze Yong melangkah ke suku akhir buat kali kelima tahun ini selepas melakukannya pada Terbuka All England, Terbuka Switzerland, Terbuka Thailand dan Terbuka Korea.

Sementara itu, Zii Jia dipaksa berhempas pulas dalam pertarungan sengit menentang pemain India, Mithun Manjunath sebelum menang 21-13, 12-21, 21-19.

Selepas tersingkir pada pusingan pertama dalam empat kejohanan terakhir berturut-turut, berjaya melayakkan diri ke suku akhir di Australia pastinya cukup melegalan pemain No. 17 dunia itu.

Pertembungan Tze Yong, 23, dan Zii Jia, 26, esok dianggap cukup menarik kerana kedua-duanya tidak pernah bertemu di pentas antarabangsa.  – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya