Zii Jia optimis akan kembali sebaris pemain elit dunia

Zii Jia optimis akan kembali sebaris pemain elit dunia

AKSI Lee Zii Jia ketika menentang Anders Antonsen pada pusingan ketiga Kejohanan Dunia yang menyaksikan dia tumbang di Copenhagen, Denmark semalam. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia tetap menaruh keyakinan tinggi dia mampu untuk kembali berdiri sebaris dengan pemain elit biarpun perjalanannya dalam Kejohanan Badminton Dunia, Copenhagen berakhir semalam.

Zii Jia yang berada di ranking ke-13 dunia ditunjukkan jalan keluar di pusingan ketiga setelah tumbang kepada pemain Denmark, Anders Antonsen dengan keputusan 18-21, 17-21 dalam tempoh 53 minit.

Ia mengulangi skrip tahun lalu di Tokyo, yang menyaksikan Zii Jia turut tersingkir di peringkat yang sama.

Biarpun hajatnya untuk ber­gelar juara dunia untuk edisi kali ini tidak kesampaian, pemain kelahiran Kedah itu tetap percaya sudah kembali menemui sentuhan selepas menyingkirkan pemain ternama seperti Jonatan Christie dari Indonesia dia pusi­ngan pertama.

“Kami telah berentap ­banyak kali sebelum ini, dan amat ­me­ngenali corak permainan masing-masing. Anders me­ngawal perlawanan hari ini (semalam) dan dia beraksi dengan lebih baik, tambahan dia mendapat sokongan padu penyokong tempatan.

“Saya rasa antara perkara positif yang saya harungi sepanjang kejohanan ini adalah masih mampu menewaskan salah seorang daripada lima pemain terbaik dunia, jadi saya telah membuktikannya sekali lagi.

“Ia memerlukan masa untuk saya sampai ke tahap itu semula dan saya hanya perlu bersabar,” jelas Zii Jia.
Bekas juara All England dan Asias itu akan meneruskan perjuangannya pada Terbuka China yang akan membuka tirai 5 September depan, diikuti Terbuka Hong Kong sebelum bersama-sama menyertai skuad kebangsaan untuk mengharungi kempen Sukan Asia Hangzhou pada 23 September.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya