Zii Jia lulus halangan pertama di Copenhagen

Zii Jia lulus halangan pertama di Copenhagen

LEE Zii Jia berjaya meraih gelaran sulung musim ini selepas muncul juara di Terbuka Thailand.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

COPENHAGEN: Perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia mengenepikan isu luar gelanggang untuk menumpaskan pilihan kelima kejohanan, Jonatan Christie dari Indonesia dalam pusingan pertama Kejohanan Badminton Dunia yang berlangsung di Copenhagen, Denmark hari ini.

Aksi yang berlangsung di Royal Arena itu menyaksikan Zii Jia berjaya mengatasi Jonatan dengan keputusan 21-13, 21-15.

“Kemenangan ini amat membantu saya dan meningkatkan lagi keyakinan diri saya. Ini adalah sesuatu yang saya amat perlukan.

“Saya cuma teruskan rentak permainan saya dan mengingatkan diri saya dalam gelanggang bahawa tidak kira berapa banyak yang Jonatan terus dapat dan mendahului, saya akan tetap mengejar,” jelas Zii Jia selepas tamat perlawanan.

Menantinya di pusingan kedua nanti merupakan pemain meningkat naik dari Kanada, Brian Yang yang meneruskan kemaraan setelah lawannya di pusingan, Kai Scafer dari Jerman menarik diri.

Terdahulu, perseorangan wanita profesional negara, Goh Jin Wei juga turut mengesahkan tempat ke pusingan kedua apabila menumpaskan pemain Hungary, Vivien Sandorhazi dengan keputusan 21-18, 21-15 dalam tempoh 30 minit.

Malang buat rakan senegara, S.Kisona yang hampir menurut jejak langkah Jin Wei, namun terpaksa akur setelah lawannya, Pai Yu Po dari Taiwan pamer kebangkitan untuk mengatasinya dengan keputusan 22-20, 19-21, 13-21.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya