Zii Jia hampir dimalukan 'adik' Tze Yong

Zii Jia hampir dimalukan ‘adik’ Tze Yong

LEE ZII JIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perseorangan lelaki No. 1 negara, Lee Zii Jia hampir dimalukan rakan senegara, Ng Tze Yong dan terpaksa berhempas pulas dalam pertarungan satu jam, 33 minit sebelum memenangi perlawanan suku akhir badminton Terbuka Australia di Sydney sebentar tadi.

Selepas ketinggalan di set pertama dan diberi tentangan oleh ‘adiknya’ itu, Zii Jia akhirnya menang 17-21, 26-24, 21-19 untuk melangkah ke separuh akhir.

Ini adalah kali pertama Zii Jia, yang menghuni ranking ke-17 dunia berdepan Tze Yong, pemain No. 21 dunia di pentas antarabangsa.

Kemenangan tersebut akan menemukan bekas juara All England dan Asia itu dengan pemain China, Weng Hong Yang di separuh akhir esok.

Malah, ini adalah separuh akhir Zii Jia tahun ini selepas Terbuka Switzerland dan All England, Mac lalu.

Sementara itu, harapan menggunung untuk menyaksikan Aaron Chia-Soh Wooi Yik melangkah ke separuh akhir berkecai selepas juara dunia itu tewas kepada pasangan dari Taiwan, Liu Ching Yao-Yang Po Han 15-21, 17-21

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya