Wiegman layak ambil alih pasukan lelaki England

Wiegman layak ambil alih pasukan lelaki England

Sarina Wiegman (tengah) memahat sejarah membawa England melayakkan diri ke perlawanan akhir Piala Dunia Wanita buat kali pertama selepas menewaskan Australia, Rabu lalu. – IHSAN ENGLAND FA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Persatuan Bola Sepak England (FA) mempertimbangkan untuk melantik pengurus wanita bagi membimbing skuad lelaki senior mereka, dan Sarina Wiegman menjadi calon utama menggantikan Gareth Southgate.

Wiegman yang dilahirkan di The Hague, Belanda di ambang menjadi individu pertama membawa skuad bola sepak wanita England merangkul kejuaraan Piala Dunia Wanita apabila berdepan Sepanyol dalam final di Sydney esok.

Jurulatih berusia 53 tahun itu juga memahat sejarah menamatkan penantian 57 tahun England untuk merangkul kejuaraan utama dalam bola sepak apabila membawa skuad Liones­ses muncul juara Kejohanan Eropah Wanita tahun lalu.

Ketua Eksekutif FA, Mark Bullingham berkata, beliau kini sedang mencari jurulatih terbaik bagi menggantikan Southgate yang akan tamat kontrak pada akhir tahun depan, dan dia tidak kisah sama ada pengendali baharu itu adalah lelaki mahu pun wanita.

GARETH SOUTHGATE

“Dia (Wiegman) mungkin orang yang terbaik untuk jawatan itu. Jika yang terbaik itu adalah seorang wanita, mengapa tidak?

“Adakah anda fikir terdapat syarat hanya lelaki akan mengurus pasukan lelaki atau memegang apa-apa jawatan penting? Tidak, saya tidak suka pemikiran ia (jawatan pengurus England) mestilah seorang lelaki,” kata Bullingham.

Bullingham mengakui, dia amat berpuas hati dengan prestasi Wiegman, namun itu tidak bermakna gajinya ketika ini 400,000 pound (RM2.37 juta) setahun akan berubah biarpun ia jauh lebih rendah berban­ding yang diraih Southgate, 5 juta pound (RM29.52 juta) setahun.

Wiegman, pemenang anugerah Jurulatih Terbaik FIFA tiga kali juga dikatakan sedang diintai pasukan No. 1 dunia, Amerika Syarikat (AS) untuk menggantikan Vlatko Andonovski.

“Jika anda melihat perbezaan dalam pasaran, pendapatan yang masuk, itulah sebabnya terdapat perbezaan (gaji pengurus lelaki dan wanita).

“Melihat kepada gaji Sarina dalam pasaran yang dikendalikannya sekarang, dia mene­rima bayaran yang sangat baik. Bola sepak lelaki adalah pasaran yang berbeza.

“Saya benar-benar mahu pasaran itu bergabung, tetapi kita kena akui, kita belum sampai ke tahap itu,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya