Vivian guna duit sendiri ke Copenhagen

Vivian guna duit sendiri ke Copenhagen

Vivian Hoo (kiri) bersama Lim Chiew Sien (kanan)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemain beregu wanita profesional negara, Vivian Hoo sanggup mengeluarkan wang belanja sendiri demi memastikan dia dan pasangan, Lim Chiew Sien akan mengibarkan cabaran Malaysia di Kejohanan Badminton Dunia yang akan membuka tirai hari ini di Copenhagen, Denmark.

Untuk saingan kali ini, Vivian secara peribadi telah mengeluarkan duit poket sendiri sebanyak RM 10,000 untuk menampung segala kos perbelanjaan yang diperlukan sepanjang mereka berada di sana.

Bagi Vivian, walaupun mereka tidak diletakkan sebagai harapan utama, namun ia sedikit pun tidak melunturkan semangat mereka, sebaliknya merasakan ini adalah satu penghormatan untuk berjuang demi negara di pentas tertinggi badminton dunia.

Saingan di Copenhagen bakal menyaksikan Vivian bakal beraksi buat kali ketujuh di pentas kejohanan dunia sejak mula beraksi pada edisi 2013 di Guangzhou, China.

“Memang 100 peratus bayar sendiri, untuk kejohanan ini sekurang-kurangnya RM10,000 kami belanjakan tidak termasuk duit untuk makan. Memang sukar apatah lagi kejohanan ini tidak menawarkan hadiah wang tunai seperti kejohanan lain untuk sekurang-kurangnya menampung sedikit perbelanjaan.

“Namun, bagi kami ia bukan halangan kerana bukan semua orang boleh beraksi di Kejohanan Dunia, yang layak sahaja. Ini satu penghormatan bagi kami dapat mewakili negara, biarpun terpaksa bayar sendiri namun kami tetap mahu pergi,” jelas Vivian.

Atas kertas, Vivian dan Chiew Sien dilihat tidak menghadapi masalah untuk berdepan pasangan Sweden, Moa Sjoo-Tilda Sjoo di pusingan pertama.

Bagaimanapun cabaran sebenar mereka adalah di pusingan kedua apabila diramalkan bertemu pilihan kelima kejohanan, Yuki Fukushima-Sayaka Hirota dari Jepun.

Dua rekod perlawanan lalu menyaksikan Vivian dan Chiew Sien belum pernah menumbangkan pasangan Jepun tersebut dengan kali terakhir mereka berentap adalah ketika Terbuka Singapura Julai lalu.

“Pertemuan terakhir kami dengan mereka (Fukushima-Hirota) memang sukar. Mereka mengawal permainan sejak dari awal, semua serangan kami mereka boleh ambil.

“Namun, kali ini kami harap boleh bagi tentangan yang lebih sengit kepada mereka,” tambah Vivian.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya