Van Dijk patut digantung empat perlawanan

Van Dijk patut digantung empat perlawanan

VIRGIL van Dijk (kanan) membantah keputusan pengadil, John Brooks melayangkan kad merah kepadanya ketika Liverpool menentang Newcastle United dalam aksi Liga Perdana Inggeris, Ahad lalu. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Kapten Liverpool, Virgil van Dijk sepatutnya me­nerima hukuman lebih berat dan sekurang-kurangnya digantung empat perlawanan kerana sikap yang ditunjukkan ketika berdepan Newcastle United, Ahad lalu, tegas pengadil ­berpengalaman, Mark Halsey.

Dalam aksi di St. James’ Park itu, Van Dijk, 32, berterusan membantah keputusan kad merah yang dilayangkan pengadil, John Brooks, menuding jari ke mukanya serta enggan meninggalkan padang.

Kata Halsey, tindakan bek tengah Belanda itu menunjukkan contoh tidak baik kepada rakan-rakan sepasukan, peminat dan kanak-kanak, apatah lagi dia adalah kapten Liverpool.

Halsey juga meminta pengurus Reds, Jurgen Klopp mempertimbangkan sama ada Van Dijk masih layak menggalas tanggungjawab ketua pasukan.

“Saya tahu Van Dijk hanya menjadi kapten untuk tiga per­lawanan sejak Jordan Henderson berpindah ke Arab Saudi tetapi jika saya Jurgen Klopp saya sudah terfikir, adakah Virgil menunjukkan contoh betul?

“Sikap dan tingkah laku sebegini tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang kapten Liverpool.

“Dia menghantar mesej buruk kepada rakan sepasukan dan peminatnya, termasuk kanak-kanak serta mereka yang menonton Liga Perdana di seluruh dunia,” kata Halsey.

Van Dijk mungkin berdepan hukuman lanjut oleh Persatuan Bola Sepak (FA) ­kerana ­reaksinya selepas dibuang padang dalam perlawanan yang me­nyaksikan Reds bangkit daripada ketinggalan 1-0 untuk menang 2-1.

Van Dijk dibuang padang pada minit ke-28 kerana didakwa mengancam peluang Alexander Isak menjaringkan gol, ketika mereka sedang ketinggalan 1-0. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya