Tze Yong singkirkan penyandang pingat gangsa Kejohanan Dunia

Tze Yong unggul singkirkan penyandang pingat gangsa Kejohanan Dunia

Ng Tze Yong
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

COPENHAGEN: Pemain perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong mencipta kejutan apabila melakar kemenangan ke atas pemain China, Zhao Jun Peng dalam pusingan pertama Kejohanan Badminton Dunia yang berlangsung di Copenhagen, Denmark hari ini.

Atas kertas, kedua-dua pemain belum pernah bertemu sebelum ini, namun Jun Peng turun membawa reputasi sebagai penyandang pingat gangsa kejohanan dunia edisi lalu.

Begitupun Tze Yong yang kini berada di tangga ke 22 dunia mempamerkan aksi bertenaga di set pertama untuk mengatasi Jun Peng dengan keputusan 21-19.

Anak jati Johor ini semakin bersemangat di set kedua, biarpun Jun Peng cuba untuk mengheret perlawanan ke set penentuan, Tze Yong menggunakan segala kudratnya untuk menoktahkan perlawanan dengan keputusan 26-24 sekaligus memastikan slot ke pusingan kedua menjadi miliknya.

Tze Yong terpaksa menanti satu lagi perlawanan antara pemain tuan rumah, Anders Antonsen yang akan berentap dengan Misha Zilberman bagi mengetahui lawannya di pusingan kedua nanti.

“Permainan di jaring hari ini kerap berubah, kadangkala ia memihak kepadanya (Jun Peng), dan kadangkala memihak kepada saya, jadi saya rasa adil untuk kedua-dua pemain.

“Saya akui saya agak gementar apabila dia cuba untuk mencabar keputusan mata akhir tadi dengan meminta ‘challenge’, dan saya amat berharap bulu tangkis memang sudah keluar daripada gelanggang.

“Jurulatih saya, Hendrawan mengingatkan saya untuk tidak terlalu gementar dan cuba menikmati perlawanan ini,” jelas Tze Yong selepas tamat perlawanan.

Terdahulu dua lagi wakil Malaysia turut mengesahkan tempat ke pusingan kedua apabila perseorangan lelaki, Lee Zii Jia dan perseorangan wanita, Goh Jin Wei berjaya menumbangkan lawan mereka.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya