Tidak salah Pan Gon tambah naturalisasi

Tidak salah Pan Gon tambah naturalisasi

KIM Pan Gon menjadi jurulatih kegemaran peminat bola sepak Malaysia.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Keterbukaan Kim Pan Gon untuk menerima kemasukan pemain naturalisasi baharu harus disokong kerana jurulatih kelahiran Korea Selatan itu hanya mahu menguatkan ­Harimau Malaya.

Itu pandangan bekas pemain kebangsaan, Lim Chan Yew yang mahu peminat sedar tugas Pan Gon di Malaysia adalah meningkatkan kualiti skuad kebangsaan dan beliau berhak memilih pemain terbaik tidak kira tempatan atau naturalisasi.

Chan Yew yang pernah menjadi pembantu jurulatih Selangor berkata, keputusan Pan Gon memilih pemain naturalisasi tidak menjadi halangan selagi dipersetujui Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Biarpun Harimau Malaya sudah mempunyai tujuh natura­lisasi, pertambahan yang dimahukan Pan Gon selari dengan kehendaknya untuk mempu­nyai lebih banyak pilihan pemain.

LIM CHAN YEW

“Dia (Kim Pan Gon) datang sini dengan kerja untuk naikkan ranking Malaysia. Setakat yang kita lihat memang banyak perubahan positif dilakukan terma­suk dengan adanya pemain natu­ralisasi. Kena faham tugasnya.

“Kalau ranking makin jatuh selepas dia datang, profilnya pun buruk. Bagi saya, jika dia melihat pemain naturalisasi mampu menghadirkan ‘­booster’ kepada skuad, jadi kita biarkan dia bimbing dengan cara itu.

“Membawa masuk lebih ramai naturalisasi sebenarnya tiada kaitan dengan tidak mahu guna khidmat pemain tempatan. Mana-mana jurulatih perlu fikirkan strategi terbaik.

“Kita kena faham, Pan Gon datang ke sini bukan untuk tugasan pembangunan, kerjanya tingkatkan mutu skuad negara,” katanya kepada Utusan ­Malaysia.

Semalam, Pan Gon me­ngakui, beliau tidak menutup pintu buat mana-mana pemain import yang bakal dinatura­lisasikan oleh kelab dalam Liga Malaysia (Liga M).

LEE Tuck (depan) antara pemain naturalisasi yang mewarnai Harimau Malaya. 

Katanya, jika pemain itu mampu menyumbang daripada aspek teknikal serta memiliki corak permainan fizikal yang baik, dia boleh diberi peluang.

“Kita tidak tahu lagi bila calon (pemain baharu natura­lisasi) berkenaan boleh mendapatkan pasport.

“Sudah tentu ia (keha­diran tambahan naturalisasi) baik untuk kita dari segi faktor kekuatan fizikal dan kekuatan ­menyerang.

“Jadi kita tunggu dan lihat bila boleh dapat pasport,” katanya.

Beliau kini dalam persiapan untuk menghadapi dua tugasan penting iaitu Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 pada November ini serta kempen ­Piala Asia di Qatar pada Januari depan.

Ketika ini skuad Harimau Malaya boleh memanggil tujuh pemain naturalisasi untuk memperkuatkan pasukan iaitu Mohamadou Sumareh, Liridon Krasniqi, Guilherme de Paula, Sergio Aguero, Lee Tuck, Paulo Josue dan Endrick dos Santos.

Penyerang import kelahiran Colombia yang beraksi untuk Kuala Lumpur City (KL City), Romel Moreles pula dilaporkan hampir didaftarkan sebagai pemain tempatan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya