Tembok Besar China halang Pearly-Thinaah ke separuh akhir

Tembok Besar China jadi penghalang buat Pearly-Thinaah ke separuh akhir

PEARLY TAN-M. THINAAH. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

COPENHAGEN: Beregu wanita negara, Pearly Tan dan M.Thinaah berputih mata untuk mara ke pusingan separuh akhir Kejohanan Badminton Dunia 2023 setelah tewas kepada pasangan China, Zhang Shu Xian-Zheng Yu dari China hari ini.

Aksi yang berlangsung di Royal Arena, Copenhagen itu menyaksikan Pearly-Thinaah memberikan tentangan sengit untuk mengakhiri set pertama dengan keputusan 21-17.

Pasangan China itu tidak mengalah dan bangkit untuk memenangi set kedua dengan keputusan 17-21, sekaligus mengheret perlawanan ke set penentuan.

Kedua-dua pasangan saling kejar mengejar pungutan mata sebelum Pearly dan Thinaah membiarkan lawan untuk mendahului di penghujung set sekaligus tewas dengan keputusan 19-21.

Mereka hampir lagi untuk melakar sejarah untuk badminton Malaysia memandangkan format pertandingan di Kejohanan Dunia membolehkan pemain yang mara ke separuh akhir sudah pun mengesahkan pingat gangsa dalam genggaman.

Sejak saingan ini diadakan pada 1977, belum pernah lagi mana-mana beregu wanita negara berjaya membawa pulang pingat di pentas kejohanan dunia.

Terdahulu, pasangan beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei turut terkandas di peringkat suku akhir selepas tewas kepada pilihan kedua kejohanan, Yuta Watanabe-Arisa Higashino dengan keputusan 11-21, 11-21.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya