Taylor Swift ‘bertuah’ jika dijemput tonton F1

Taylor Swift ‘bertuah’ jika dijemput tonton F1

TAYLOR SWIFT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Prinsipal Red Bull Racing, Christian Horner me­negaskan, Formula Satu (F1) tidak perlu menumpang populariti selebriti seperti Taylor Swift kerana sukan itu sendiri sudah semakin popular disebabkan rancangan Drive to Survive di Netflix.

Bercakap kepada dalam podcast F1 ESPN, “Unlapped”, Horner berkata, Swift sebalik­nya ‘bertuah’ jika mendapat jemputan untuk menonton mana-mana perlumbaan.

Horner mengimbas Grand Prix Austin pada 2016, di mana penganjur terpaksa memang­gil penyanyi popular Amerika Syarikat (AS) itu untuk membuat persembahan kerana sukar menarik kehadiran penonton.

“Jika anda masih ingat di Austin, kami terpaksa bawa Taylor Swift untuk tarik orang ramai menonton perlumbaan.

“Sekarang dia ‘bertuah’ jika dibenarkan masuk atau mendapat pas. Banyak perkara sudah berubah,” kata­nya sambil memuji populariti sukan itu yang meningkat selepas Drive to Survive memasuki musim kelima.

Katanya, populariti F1 ju­ga telah menukar landskap penonton Netflix yang sebelum ini ­lebih meminati ranca­ngan hiburan realiti se­perti The Kardashians. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya