Sukan Asia jadi 'talian hayat' atlet RTG

Sukan Asia jadi ‘talian hayat’ atlet RTG

LAI Pei Jing (depan) bersama Tan Kian Meng mara ke pusingan kedua Terbuka Korea Selatan 2024.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Atlet Road to Gold (RTG) yang berada dalam kedudukan tidak selamat boleh menarik nafas lega apabila mendapat ‘talian hayat’ sebulan lagi untuk membuktikan mereka layak kekal dalam program memburu emas Sukan Olimpik itu.

Jawatankuasa RTG sepatutnya melakukan penilaian terhadap prestasi semua atlet bulan depan, namun tempoh itu dianjakkan kepada Oktober sejurus selepas tamat Sukan Asia di Hangzhou, China.

Penyelaras program RTG, Datuk Stuart Ramalingam menjelaskan ia adalah lebih adil memandangkan ada beberapa sukan perlu mencapai tiket layak secara automatik ke Sukan Olimpik Paris 2024 menerusi temasya itu.

“Di pihak saya, kami sedang membuat penilaian prestasi setiap atlet berdasarkan KPI (indeks prestasi utama) yang telah kami tetapkan, jadi saya rasa masa yang terbaik adalah selepas Sukan Asia untuk menilai mereka tambahan masih ada beberapa kejohanan lagi untuk pemain badminton sebelum temasya itu bermula.

“Hoki pula diletakkan kayu ukuran yang sangat besar di Sukan Asia, dan kami kini sedang menyokong mereka dan mereka bakal menjadi penyumbang jumlah yang besar untuk kontinjen Malaysia jika mereka layak ke Sukan Olimpik.

STUART RAMALINGAM

“Saya percaya setiap atlet ada kelayakan yang berbeza untuk ke Sukan Olimpik, jadi untuk terjun masih ada beberapa peluang lagi.

“Jadi kami di sini masih menyokong mereka, dan bukan mahu memberikan tekanan yang tidak diperlukan untuk mereka,” katanya.

Antara atlet yang dilihat berada dalam kedudukan bahaya sebelum ini adalah beregu campuran, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing yang kini jatuh ke tangga 23 dunia.

Biarpun mereka tidak disenaraikan oleh Persatuan Badminton Malaysia (BAM) ke Sukan Asia, namun Kian Meng-Pei Jing masih berpeluang untuk menampilkan aksi terbaik pada dua kejohanan iaitu Terbuka China yang akan bermula minggu hadapan serta Terbuka Hong Kong pada 12 September.

Setakat ini terdapat 17 orang atlet yang terpilih dalam senarai program RTG, serta tambahan satu sukan berpasukan, iaitu skuad hoki kebangsaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya