Shereen lebur rekod 200m wanita berusia 25 tahun

Shereen lebur rekod 200m wanita berusia 25 tahun

Shereen Samson Vallabouy
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Empat bulan selepas memecah rekod 400 meter (m) wanita kebangsaan berusia 30 tahun, Shereen Samson Vallabouy terus mencipta sensasi, kali ini dalam saingan 200m.

Awal pagi tadi, pemenang pingat emas 400m Sukan SEA itu memadam rekod 200m wanita berusia 25 tahun milik legenda olahraga negara, G. Shanti dengan mencatat masa 23.33 saat (s) pada kejohanan Ed Murphey Classic 2023 di Memphis, Tennessee, Amerika Syarikat (AS).

Catatan tersebut meletakkan pelari berusia 25 tahun itu di tangga keempat dalam perlumbaan akhir dan memecah rekod kebangsaan 23.37s yang dilakukan Shanti pada Kejohanan Asia 1998 di Fukuoka, Jepun.

Perlumbaan akhir itu dimenangi atlet Jamaica, Nataliah Whyte dengan catatan 22.76s, diikuti Talitha Diggs dari AS kedua (22.83s), manakala pelari Nigeria, Favour Ofili ketiga (22.94s).

Pada April lalu, Shereen melebur rekod 400m milik Rabia Abdul Salam dengan catatan 51.80s pada kejohanan St. Mac Relays di California.

Dia yang kini berpangkalan di Florida selepas menamatkan pengajian di Winona State University di Minnesota, melebur rekod lama 52.56s yang dilakukan Rabia di Filipina pada 1993. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya