Sepatutnya sudah lama rekod ini lebur – G. Shanti

Sepatutnya sudah lama rekod ini lebur – G. Shanti

Shereen Samson Vallabouy meleburkan rekod 200m wanita kebangsaan berusia 25 tahun di Amerika Syarikat semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: G. Shanti yang teruja melihat rekod 200 meter (m) wanita kebangsaan miliknya yang berusia 25 tahun lebur di tangan Shereen Samson Vallabouy menyifatkan kejayaan itu sebagai ‘sinar buat sukan olahraga negara’.

Katanya, kejayaan Shereen yang menyusul beberapa hari selepas Umar Osman memecah rekod 400m kebangsaan lelaki buat kali ketiga dalam tempoh tiga bulan, Rabu lalu menunjukkan olahraga negara memiliki bintang.

Semalam, Shereen memadam rekod Shanti dengan catatan masa 23.33 saat (s) dalam Kejohanan Ed Murphey Classic di Memphis, Tennessee, Amerika Syarikat.

Shereen yang menutup perlumbaan akhir di tangga keempat memadam rekod lama 23.37s yang dilakukan Shanti dalam Kejohanan Asia di Fukuoka, Jepun pada 22 Julai 1998.

Lebih manis, ini rekod kebangsaan kedua dilakukannya tahun ini dalam dua acara berbeza selepas meleburkan rekod 400m berusia 30 tahun milik Rabiah Abdul Salam dengan masa 51.08s, April lalu.

“Saya bangga sebab sudah 25 tahun me­nunggu. Sepatutnya dah lama rekod ini dipecahkan, lagi pula de­ngan teknik baharu zaman ini.

“ Shereen sendiri menuntut di luar negara…bantuan djurulatih berpengalaman banyak membantunya memadam rekod itu.

“Kalau ikutkan, sudah lama saya mahu lihat rekod itu dipadam, Melihatkan kepada cara lariannya dengan catatan masa yang dibuat sepanjang tahun ini dalam acara 400m, saya yakin dia mampu memecahkan rekod itu.

“Sebelum ini pun, mana-mana atlet yang berlari 400m, mereka selalunya memang akan mampu lari 200m. Saya tidak jangka She­reen akan pecahkan rekod itu tetapi saya ada jangkaan rekod itu boleh dipecahkannya, cuma tak tahu bila.

“Harapan saya apabila mendengar kejayaan-kejayaan ini, dengan baru-baru ini pun Umar pecahkan rekod kebangsaan miliknya hanya dalam masa kurang 24 jam, mudah-mudahan lebih ramai lagi atlet Malaysia akan cipta rekod bahati dan bersinar.

“Untuk Shereen, semoga di masa hadapan anda dapat lakukan larian di bawah 23s,” kata le­genda pecut berusia 55 tahun itu ­kepada ­Mingguan Malaysia semalam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya