Selangor tidak boleh cicir mata – Cheng Hoe

Selangor tidak boleh cicir mata – Cheng Hoe

AKSI Liga Super di antara Negeri Sembilan (jersi merah) dan Selangor di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi kelmarin. - UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Tan Cheng Hoe menegaskan, Selangor FC tidak boleh keciciran mata dalam baki lima perlawanan Liga Super jika mahu menutup kempen selaku naib juara.

Kemenangan 4-0 ke atas Ne­geri Sembilan di Paroi kelmarin memastikan Gergasi Merah meninggalkan Kedah Darul Aman (KDA) dengan enam mata.

“Kedah sangat rapat dengan kita (kedudukan), begitu juga Pahang dan Sabah. Itu sebab kita kena bekerja keras untuk pastikan setiap perlawanan kita tidak keciciran mata kerana setiap mata perlu untuk berada landasan terbaik dalam Liga Super,” kata Cheng Hoe.

Dalam aksi kelmarin, gol Richmond Boakye pada minit ke-26, Ayron Del Valle (50), Yohandry Orozco (70) dan Harith Haiqal Adam Afkar (82) memastikan tiga mata penuh dibawa pulang Selangor.

Mengulas mengenai kemenangan besar itu, pengendali Selangor itu tidak menganggap ia satu perlawanan yang mudah.

“Saya tidak anggap ini satu perlawanan yang mudah, ia satu perlawanan yang sukar keraba sebelum bertandang ke di sini kami sudah dua kali bermain dengan Negeri Sembilan dan dibolosi dua gol awal.

“Itu sebab sedikit sebanyak kami agak bimbang kerana perlu cukup bersedia dari minit awal hingga tamat perlawanan,” katanya.

Sementara itu, pengendali Negeri Sembilan, K. Devan, mengakui kehebatan bahagian serangan Selangor yang berjaya mengucar kacirkan pertahanan pasukannya.

“Separuh masa pertama walaupun kami bertahan, kami tetap dapat menyaingi pasukan Selangor, kami bukan sahaja bertahan tetapi turut menyerang.

“Ada percubaan bahaya daripada kami tetapi di separuh masa kedua nampak kelebihan kualiti yang ada pada bahagian serangan Selangor,” tambahnya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya