Selangor FC kekal status Raja Lembah Klang

Selangor FC kekal status Raja Lembah Klang

HARITH Haikal meraikan gol jaringannya ketika Selangor FC menumpoaskan KL City FC 2-0 dalam aksi Liga Super 2023 sebentar tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Selangor FC berjaya membuktikan mereka adalah ‘Raja Lembah Klang’ apabila berjaya menumpaskan Kuala Lumpur City (KL City) FC 2-0 dalam aksi Liga Super di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) sebentar tadi.

Dua gol skuad bimbingan Tan Cheng Hoe disumbangkan oleh Harith Haiqal dan Ayron Del Valle sekali gus mengukuhkan kedudukan mereka di tangga kedua liga.

Dalam perlawanan itu, permulaan perlahan ditunjukkan oleh kedua-dua pasukan dan tidak banyak percubaan bahaya dilakukan namun, Selangor berjaya berada dihadapan pada minit ke-32 menerusi Harith Haikal.

Gol itu berpunca daripada situasi bola mati apabila Harith Haiqal pantas menolak masuk bola lantunan tandukan Ayron yang diselamatkan Kevin Ray Mendoza.

Keputusan 1-0 kekal sehingga tamat separuh masa pertama, pada babak kedua, anak-anak buah Nenad Bacina cuba bangkit dengan memperkemaskan permainan untuk mencari gol penyamaan.

Bagaimanapun, Ayron memadam sisa perjuangan KL City apabila berjaya menjaringkan gol kedua ketika perlawanan berbaki 15 minit sekali gus mengesahkan kemenangan skuad Gergasi Merah..

Kedudukan 2-0 kekal hingga wisel penamat walaupun KL City melancarkan beberapa gerakan yang mampu mengancam gawang Selangor namun dihampakan kekebalan benteng yang diketuai Safuwan Baharudin.

Kemenangan ini memberikan Selangor tambahan tiga mata kepada 43 mata selepas 20 perlawanan manakala KL City pula turun ke tangga ketujuh kekal dengan 28 mata selepas 19 perlawanan.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya