‘Saya sekarang lebih tegap, kuat'

‘Saya sekarang lebih tegap, kuat’

NG TZE YONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Selepas gagal menampilkan impak positif dalam penampilan sulung pada Kejohanan Badminton Dunia di Tokyo tahun lalu, Ng Tze Yong sudah bersedia melakar kejutan di Copenhagen, Denmark ­minggu depan.

Pemain berusia 23 tahun itu percaya, bukan permainannya sahaja semakin meningkat, malah fizikalnya juga jauh lebih baik berbanding setahun lalu, di mana dia semakin berat dan tegap.

Tahun lalu, semasa bermain dalam Piala Sudirman, beratnya hanya sekitar 66 kilogram (kg), namun kini sudah naik 4kg kepada 70kg.

Dia yang kini berada di ­ranking ke-22 dunia bahkan mempamer perkembangan sejak tewas kepada Sitthikom Thammasin dari Thailand pada pusingan kedua Kejohanan Dunia 2022, selepas jurulatihnya, Hendrawan membuat transformasi kepada kekuatan fizikalnya.

Buktinya dapat dilihat semasa Tze Yong mengejutkan pemain No. 1 dunia, Viktor ­Axelsen dalam All England 2023, Mac lalu yang melayakkannya ke suku akhir.

ZHAO Jun Peng bakal menanti Tze Yong di pusingan pertama Kejohanan Dunia. – AFP

“Sudah tentu, menewaskan Axelsen menjadi motivasi tetapi saya juga perlu konsisten menghasilkan keputusan seperti itu.

“Saya bermain dengan baik dalam satu pusingan tetapi kadangkala tidak dapat kekalkannya pada peringkat lain.

“Ini yang saya cuba ubah. Bukan saya tidak tumpukan perhatian dalam perlawanan. Matlamat saya mahu mencipta kemenangan yang berterusan selepas ini.

“Kekuatan fizikal dan stamina telah bantu prestasi saya meningkat dan tidak mudah letih seperti sebelum ini malah mampu pulih untuk hari berikutnya.

“Saya sentiasa beri yang terbaik, harap dapat menang menentang pemain yang lebih kuat selepas ini,” katanya.

Dijadual bertemu Zhao Junpeng dalam aksi pertama, Tze Yong memilih pendekatan berhati-hati dan enggan berfikir terlalu jauh sebelum berdepan pemain No.26 dunia itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya