Rexy berhati-hati dalam berbicara

Rexy berhati-hati dalam berbicara

AARON CHIA-SOH WOOI YIK – UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Rexy Mainaky hilang kata-kata melihat Aaron Chia-Soh Wooi Yik gagal lagi merangkul kejua­raan pertama sejak bergelar juara dunia di Tok­yo, Ogos tahun lalu,

Kelmarin, pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik itu menamatkan cabaran badminton Terbuka Australia di suku akhir selepas tewas kepada pasangan Taiwan, Lu Ching Yao-Yang Po Han 15-21, 17-21.

Kekalahan terbaru meresahkan peminat menjelang Kejohanan Dunia di Copenhagen, Denmark dari 21 hingga 27 Ogos, di mana Aaron-Wooi Yik diletak sebagai pilihan keempat.

Enggan menjatuhkan lagi semangat pasangan No. 4 dunia itu menjelang kejohanan tersebut, Rexy, yang juga Pengarah Kejurulatihan Beregu Kebangsaan memilih untuk tidak memberi kata-kata terlalu keras.

“Saya tidak mahu bercakap banyak mengenai persembahan atau permainan mereka, cuma, mereka tidak bermain dengan penuh fokus,” katanya ringkas kepada Mingguan Malaysia.

Beregu lelaki No. 1 negara itu dilihat berada dalam kedudukan sukar untuk mempertahankan kejuaraan dunia di Denmark dengan ­prestasi terumbang ambing.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya