Razali Ibrahim antara calon Presiden BAM?

Razali Ibrahim antara calon Presiden BAM?

RAZALI IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bekas Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali Ibrahim tidak mengiyakan mahupun menafikan spekulasi beliau antara calon untuk mengisi jawatan Presiden Persatuan ­Badminton Malaysia (BAM).

Kata Razali, beliau sedar namanya dikaitkan dengan ‘kerusi panas’ BAM itu tetapi tidak ­terlalu memberikan tumpuan mengenainya.

Presiden BAM, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria pada awal bulan ini mengumumkan akan melepaskan jawatan pada hujung Disember, jauh lebih awal daripada hasrat yang disuarakannya sebelum ini iaitu selepas tamat Sukan Olimpik Paris 2024.

“Bagi saya, untuk menjadi Presiden BAM, individu tersebut haruslah tahu tentang sukan itu terlebih dahulu. Seterusnya, mempunyai hubungan baik ­dengan semua pihak termasuk badan antarabangsa.

“Spekulasi ini saya ambil maklum kerana ada juga orang lain bertanyakan kepada saya tetapi saya tidak dapat memberi jawapan ketika ini. Bukanlah tidak memberi tumpuan, tetapi saya tidak mengambil berat sangat tentang perkara ini.

“Bagi saya sesiapa pun yang dikaitkan dengan jawatan ini tidak perlu bermula dengan konflik ataupun perebutan, malahan tidak perlu pergeseran persaingan. Kalau dari awal sudah berkonflik, bagaimana kita hendak bekerja,” kata Razali ketika dihubungi Mingguan Malaysia.

Bekas ahli Parlimen Muar itu memegang jawatan Timbalan Menteri Belia dan Sukan selama lima tahun bermula pada 2013 sehingga 2018, bekerjasama de­ngan Menteri ketika itu, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Selain Razali, beberapa nama lain yang turut dikaitkan untuk menggantikan Norza adalah bekas Timbalan Presiden BAM, Tan Sri Mohamad Al-Amin Abdul Majid, Pengerusi Perak FC, Datuk Seri Azim Zabidi serta Menteri Pelaburan, Perdagangan dan ­Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya