HANGZHOU, China: Sukan Asia 2022 yang akan membuka tirai di Hangzhou bulan depan bakal menarik lebih ramai golongan muda apabila buat kali pertama menawarkan pingat dalam e-sukan
Lapan acara akan dipertandingkan iaitu Arena of Valor (versi Sukan Asia), Dota 2, Dream Three Kingdoms 2, FIFA, League of Legends, PUBG Mobile (versi Sukan Asia) dan Street Fighter V.
Kebanyakan pemain menikmati pangkalan peminat yang luas, malah sebahagian mereka mempunyai kejohanan sendiri di peringkat kebangsaan, benua atau antarabangsa.
“E-sukan industri yang berkembang maju di Asia. Ia mempunyai potensi besar dan menghubungkan orang dari pelbagai latar belakang, budaya serta negara berbeza,” kata Presiden Persekutuan Sukan Elektronik Asia (AESF), Kenneth Fok Kai-kong.
Semalam, satu Memorandum Persefahaman (MoU) ditandatangani oleh AESF sebagai persediaan e-sukan membuat penampilan sulung sebagai acara pingat penuh di temasya Hangzhou yang berlangsung dari 23 September hingga 8 Oktober.
Pada Sukan Asia 2018 yang berlangsung di Jakarta/Palembang, Indonesia, lima acara telah dimasukkan sebagai untuk demonstrasi.
Temasya Hangzhou sepatutnya berlangsung tahun lalu tetapi ditangguhkan ke tahun ini kerana protokol Covid-19 yang ketat di China. – AGENSI