Piala Dunia Wanita jana RM2.56 bilion

Piala Dunia Wanita jana RM2.56 bilion

Gianni Infantino bersama trofi Piala Dunia Wanita yang menjadi rebutan antara England dan Sepanyol dalam final hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SYDNEY: Presiden Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Gianni Infantino berkata, biarpun hadiah Piala Dunia Wanita telah dinaikkan 10 kali ganda berban­ding 2015, namun mereka tetap ‘balik modal’ kerana kejohanan itu menjana lebih AS$570 juta (RM2.65 bilion).

Katanya, edisi kesembilan ke­johanan yang dianjur bersama Australia/New Zealand adalah pe­nganjuran ‘terbaik, terhebat, terbesar’, dan keputusan mengembangkan saingan daripada 24 kepada 32 pasukan tepat.

“Ada yang membangkitkan, apa­kah kosnya terlalu mahal? Kami tidak raih pendapatan yang cukup, kami perlu beri subsidi. Dan pendapat kami, jika kami perlu memberi subsidi, kami akan beri kerana kami perlu berbuat demikian.

“Tetapi sebenarnya, Piala Dunia ini menjana le­bih AS$570 juta, jadi kami pulang modal. Kami menjana hasil kedua ter­tinggi daripada mana-mana acara sukan global, selain sudah tentu…Piala Dunia lelaki,” katanya dalam Konvensyen Bola Sepak Wanita FIFA kelmarin.

Begitupun hadiah kemena­ngan yang diberi untuk ­Piala Dunia lelaki di Qatar jauh lebih besar, AS$440 juta (RM2.05 bilion) berbanding wanita AS$152 juta (RM707 juta).

“Saya katakan kepada semua wanita, anda mempunyai kuasa untuk berubah. Pilih pertempuran be­tul, pertarungan betul.

“Teruskan usaha, kekalkan momentum, teruskan bermimpi, dan marilah kita benar-benar mencapai kesaksamaan sepenuhnya. Gaji yang sama dalam Piala Dunia, kami sudah menuju ke arah itu,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN