Penyu waspada ‘misteri’ KL Rovers

Penyu waspada ‘misteri’ KL Rovers

TERENGGANU FC melakukan persiapan akhir menjelang pertemuan menentang KL Rovers malam ini. - IHSAN TERENGGANU FC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Biarpun turun dengan misi memburu kemenangan besar pada pusingan pertama Piala Malaysia, namun tidak mempunyai banyak maklumat mengenai lawan mereka yang beraksi dalam Liga M3, KL Rovers membuatkan Terengganu FC enggan mengambil risiko.

Pengendali Penyu, Tomislav Steinbruckner menegaskan, ­beliau akan menurunkan kese­belasan terbaik di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur malam ini, dan beraksi dengan corak me­nyerang dari awal permainan.

Pengendali dari Croatia itu mengakui, tiada gambaran jelas mengenai kekuatan mahu pun kelemahan lawan yang kini menghuni tempat kedua Liga M3.

TIDAK banyak info yang diketahui mengenai KL Rovers membuatkan mereka agak ‘misteri’.

“Pastinya kami akan turun dengan corak menyerang namun saya masih memantau tahap kecergasan Adisak Kraisorn untuk digandingkan dengan Ivan Mamut.

“Beberapa pemain muda juga akan diberi minit permainan antaranya pertahanan serba boleh, Ubaidullah Shamsul yang akan mengambil tempat Shahrul Nizam Roshasni.

“Walaupun ada perubahan dalam kesebelasan utama, pemain-pemain harus mengambil serius pertemuan ini jika berhasrat melangkah lebih jauh dalam Piala Malaysia,” katanya dalam sesi latihan semalam.

Kata Steinbruckner, Terengganu mahu memenuhi status sebagai pasukan pilihan dengan memburu sebanyak mungkin jaringan.

“Di atas kertas, Terengganu dilabel pasukan pilihan untuk meneruskan kemaraan dan kami fikir ini masa sesuai me­raih kemenangan moral selepas bergelut dalam Liga Super,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya