Peminat marah Chelsea beli penjaga gol lagi teruk daripada Kepa

Peminat marah Chelsea beli penjaga gol lagi teruk daripada Kepa

ROBERT SANCHEZ
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Peminat Chelsea berang dengan keputusan kelab mahu menandatangani Robert Sanchez dari Brighton kerana menganggap pemain itu lebih teruk daripada penjaga gol sekarang, Kepa Arrizabalaga.

Penjaga gol dari Sepanyol itu sebelum ini menjadi pilihan utama di Brighton, namun kemasukan Roberto De Zerbi menyaksikan posisinya dirampas oleh Jason Steele.

Dalam pada itu, Daily Mail melaporkan Sanchez telah bersetuju dengan syarat ditetapkan Chelsea.

Blues membawa masuk Sanchez bagi memberi saingan kepada Arrizabalaga, 28, malah jurulatih penjaga gol, Ben ­Roberts turut berminat dengan pemain itu kerana pernah be­kerjasama ketika di Brighton.

Sekiranya Chelsea menandatangani pemain berusia 25 tahun itu, dia dianggap sebagai anak tempatan kerana berada di akademi Brighton sejak usia 15 tahun.

Begitupun, peminat Chelsea di Twitter tidak menyenangi keputusan mendapatkan penjaga gol berusia 25 tahun itu.

Kepa Arrizabalaga

“Kepa kelihatan seperti (Manuel) Neuer (penjaga gol Bayern Munich) jika dibandingkan dia (Sanchez),” kata seorang peminat di Twitter.

“Kepa akan sentiasa berada di atas, mereka mahu menggantikannya dengan (Edouard) Mendy dan itu tidak berjaya. Sanchez boleh mencuba tetapi dia tidak mampu menewaskan Kepa,” tulis seorang lagi peminat.

Yang ketiga pula menulis: “Ada sebab Sanchez digugurkan dan digantikan dengan Steele yang berusia 32 tahun.”

“Saya tidak sangka kami akan menandatangani seseorang yang lebih teruk daripada Kepa,” kata peminat yang lain.

Sementara itu, Chelsea juga berminat dengan perjanjian untuk menandatangani pemain tengah Brighton, Moises Caicedo. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya