Peminat mahu boikot TRW?

Peminat mahu boikot TRW?

GELOMBANG Merah yang sering menggerunkan lawan yang datang ke Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu sudah tidak lagi dirasai ekoran prestasi buruk Kelantan FC.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Selepas episod kekalahan dan paling teruk dibedal 10-0 kepada Johor Darul Ta’zim (JDT), peminat The Red Warriors (TRW) kini mula berkira-kira untuk melancarkan boikot terhadap perlawanan akan datang membabitkan Kelantan FC.

Ia terbukti selepas ada gerakan yang membuat undian di media sosial sama ada penyokong akan hadir memberi sokongan kepada pasukan atau memilih untuk memboikot pasukan sehinggalah pemilik, Norizam Tukiman melepaskan pasukan.

Perkara itu jelas membuktikan penyokong TRW tidak dapat menerima maruah kelab kesayangan mereka tercalar begitu sahaja dan bersedia untuk mengambil tindakan dengan drastik untuk melihat Kelantan FC menjadi pasukan yang digeruni.

Menerusi undian di akaun Twitter, Berita Bola Kelantan yang bertanyakan kepada penyokong sama ada mahu terus turun ke stadium atau tidak selepas aksi hambar telah menyaksikan sebanyak 84 peratus mahu memboikot perlawanan dan hanya 16 peratus yang mahu terus kekal memberi sokongan.

Sekiranya gerakan boikot itu dilakukan, ia pastinya akan menjejaskan pendapatan Kelantan FC ketika perlawanan Liga Super masih berbaki enam perlawanan dengan aksi terdekat ialah pada Jumaat ini yang menyaksikan TRW akan melayan kunjungan Selangor FC di Kota Bharu.

Selain itu, di laman Facebook The Red Warriors Malaysia, terdapat juga gerakan yang mahu berkumpul di perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV bagi mendesak Norizam melepaskan pasukan.

“Kumpul boikot ‘Zamout’, bukan pergi ke stadium untuk tengok bola…boikot angkat kain putih selamatkan bola Kelantan TRW. Mereka yang berkelapangan boleh turun turut serta,” kata hantaran berkenaan.

Dalam pada itu, ketika peminat gusar tentang masa depan TRW, tampil pula peguam, Kamal Hisham Jaafar yang dikatakan bersedia untuk membeli kelab itu untuk mengembalikan semula era kegemilangan Kelantan FC.

“Saya bercadang kaji nak beli TRW…Jika harganya munasabah,” kata Kamal Hisyam.

Melalui hantaran akaun rasmi Facebooknya, Kamal Hisyam juga mendedahkan bahawa Norizam telah berkunjung ke rumahnya semalam namun, butiran perjumpaan tidak didedahkan dan ia berkemungkinan tentang minatnya untuk mengambil alih TRW.

“Kunjungan saudara Zam (Norizam) ke pondok saya di Bukit Tunku, Kuala Lumpur adalah satu penghormatan kerana saya selalu bangga dan kagum dengan beliau. Terima Kasih kerana sudi berjumpa saya,” katanya.-UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya